Tuesday, December 25, 2018

Pertemuan Sasterawan Nusantara

Bulan lepas saya menghadiri satu kegiatan seni yang dianjurkan oleh GAPENA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah/BAHASA bertempat di Samporna Sabah.   Perjalanan menuju distinasi itu menggunakan kereta dari Bandar Seri Begawan ke Kota Kinabalu.  Dari Kota Kinabalu ke Tawau menggunakan pesawat terbang kerana tiada ada lapangan terbang di Semporna.  Dari  Tawau menaiki bus kira-kira 2 jam.  Sudah tentu banyak pemandangan yang boleh dijadikan pengalaman sepanjang perjalanan..  Dari kamar hotel saya dapat melihat anak-anak berkejar-kejaran;  mengambil upah mengangkat, memunggah ikan dari tongkang/kapal ikan.   Saya membaca novel Pala'u.  Di dalamnya mengesahkan keluarga yang hidup di dalam perahu berpindah dari satu pulau ke pulau lain sekitar Semporna  Tanya anak mereka di mana alamat rumah mereka.  Mereka tidak akan dapat menjawab.  Demikian sedikit ilmu sampingan yang didapat dari menghadiri  Pertemuan Sasterawan Nusantara.


No comments: