Tuesday, December 25, 2018

Pertemuan Sasterawan Nusantara

Bulan lepas saya menghadiri satu kegiatan seni yang dianjurkan oleh GAPENA dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah/BAHASA bertempat di Samporna Sabah.   Perjalanan menuju distinasi itu menggunakan kereta dari Bandar Seri Begawan ke Kota Kinabalu.  Dari Kota Kinabalu ke Tawau menggunakan pesawat terbang kerana tiada ada lapangan terbang di Semporna.  Dari  Tawau menaiki bus kira-kira 2 jam.  Sudah tentu banyak pemandangan yang boleh dijadikan pengalaman sepanjang perjalanan..  Dari kamar hotel saya dapat melihat anak-anak berkejar-kejaran;  mengambil upah mengangkat, memunggah ikan dari tongkang/kapal ikan.   Saya membaca novel Pala'u.  Di dalamnya mengesahkan keluarga yang hidup di dalam perahu berpindah dari satu pulau ke pulau lain sekitar Semporna  Tanya anak mereka di mana alamat rumah mereka.  Mereka tidak akan dapat menjawab.  Demikian sedikit ilmu sampingan yang didapat dari menghadiri  Pertemuan Sasterawan Nusantara.


Thursday, December 13, 2018

Musim durian


Sekarang musim durian.  Bila tais liur bali saja.  Jangan tah fikir pasal harga.  Mun sakit ada rasa kan makan inda jua belaku.   Anak buah saya Idris belanja adiknya Zaitoneh yang berada di Johor.  Durian kuning jarang ada di Johor.