Tuesday, May 13, 2008

Katak Atas Tempurung - Local and Diplomatic Dinner reception

This week the KAT focuses on comparing the diplomatic dinner function (national day celebration) to that of locally held ceremonial function. The two are suppose to be different. Why ? Tune to Pelangi FM on Tuesday 7.30 am and repeat on Friday 1.30 pm at www.rtb.gov.bn

Untuk memudahkan interaksi ini lazimnya negara hos menyediakan holding room bagi tamu bertemu antara satu dengan lain semasa menunggu tetamu kehomat tiba. Untuk itu tidak disediakan kursi yang menyekat pertemuan bebas. Makanan yang disaji juga ringkas. Sekadar mudah ditanai dalam sebiji pinggan. Biasanya sajian dalam bentuk koktil. Masa yang diambil tidak lama tapi kehadiran tetamu kehormat itu memberi signifan yang amat tinggi. Ini tandanya satu penghormatan Negara Brunei Darussalam kepada Negara sahabat.

Adapun resepsi secara berdiri dan interaksi bebas di kalangan kumpulan diplomatik ini telah dijadikan cara oleh masyarakat tempatan bagi mengadakan majlis-majlis pembukaan rasmi. Seakan budaya diplomatik sudah diresapkan kepada budaya tempatan. Tatacara protokal dan kebiasaan tempatan telah sedikit-sedikit tenggelam. Cuma susun-caranya tidak selari dengan keadaan resepsi diplomatik. Saya pernah hadir di majlis yang disempenakan dengan Hari Kebangsaan.

Resepsi tempatan biasanya dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Maka tamupun membaca surah Al-Qur’an itu secara berdiri. Mereka yang datang tidak lagi berada mengikut susunan adat istiadat. Ada tamu yang sepatutnya tidak berada di hadapan membelakangi tamu yang lebih tinggi susur galurnya dalam protokal adat istiadat.

Masa yang diambil lebih panjang dari resepsi diplomatik. Kasihan juga melihat tamu kalangan warga emas yang datang bertongkat kena berdiri sehingga majlis tamat. Dan yang melucukan sajian yang dihidangkan agak mewah yang menghendakkan penggunaan sudu garpu dan pisau. Gelabahlah tangan untuk mengurus sajian masuk ke dalam mulut. Maka ada yang tidak segan silu duduk bertinggir di sudut-sudut dewan. Benar juga, kalau tidak bagitu, semasa hendak menyuap, ketul ayam bagaikan melompat dari pinggan. Itu lagi memalukan.

Ya orang memperkatakan soal bahasa, soal budaya yang tercemar. Mungkin ada yang boleh menyubuk apa yang diperkatakan ini dan kesannya pada budaya tempatan. Maklumlah dalam dunia global, indah-indah yang bagaikan rotin ini mudah saja menyerap. Dalam majlis-majlis resepsi sebegini ada yang baik diikuti dan ada pula yang menjadi elemen peluntur budaya tempatan. Bukan bagitu saudara ?

No comments: