Saturday, July 9, 2022

Ucapan

 Selamat Hariraya Aidil Adha kepada semua saudara mara, sahabat, rakan-rakan serta ahli kumpulan ini.


Bukan di Korea. Gambar ini diambil ketika Pesta Korean di Negara Brunei Darussalam

Saturday, June 25, 2022


Watapps oi…..

Sudah tiga hari saya lenyap dari hubungan dengan rakan-rakan X Starian batch 67/69.  Hubungan watapps ini sudah bermula dari sejak tahun 2007 dan baharu-baharu ini kerana telefon saya sudah sarat cuba menutup dengan mentransfer beberapa posting.  Entah macam mana salah tekan semua posting dalam kumpulan itu terhapus.  Saya mohon supaya nama saya di add kembali.  TapI nampaknya tidak berjaya.

Sunyi juga rasanya apa lagi tidak dapat follow up doa yang dikumandangkan pak houd setiap pagi dan mengaminkannya.  Ada kawan-kawan boleh hulurkan bantuan bagi saya masuk dalam kumpulan watapps itu?

 

Friday, June 24, 2022

Pertukaran hari

 Hari ini hari Jumaat. Rasanya baru semalam saya menguruskan beberapa kegiatan hujung minggu. Dan hari ini kembali lagi hujung minggu. Cepatnya masa berlalu. Betulkah masa beredar cepat? Sama juga tujuh hari seminggu. Yang berubah ialah kegiatan. Dulu ada satu dua kegiatan. Sekarang kegiatan memenuhi sehari suntuk. Sebab itu dirasa masa cepat beredar. Kalau begitu kita sebaiknya guna masa bagi membuat kerja yang mustahak dulu. Kenalah membuat prioriti.

Thursday, February 3, 2022

Kalendar

 Hari ini 2hb Februari 2022.  Ada yang menulis 2-2-22.  Memang cantik tarikh ini.  Nak tunggu tarikh selari ini mungkin tipis.  Umur manusia terlalu pendek. Maka itu elok saya tulis sesuatu bagi memperingati tarikh tersebut.

Subjek terbaik tentu saja berkaitan dengan kalendar.  Minggu lepas saya memperolehi kalendar jabatan Penerangan.  Saya ikut berbaris menggunakan kereta.  Sepatutnya kalendar diedarkan pada jam sembilan.  Saya sudah masuk barisan seawal lapan pagi.  Sudah banyak kenderaan di hadapan saya. Lima belas minit berlalu semakin banyak kereta bersusun di belakang kenderaan saya.

Melihat keadaan itu penyelenggara mengawalkan pembahagian kalendar kira-kira 10 minit sebelum jam 9.00 pagi.  Teratur caranya.  Tidak berebut-rebut.  Setiap kenderaan diberikan dua kalendar.  Bagus kalendar itu bertemakan pendidikan di Brunei Darussalam.

Cara pembahagian ini walaupun lewat sebulan dari tarikh 1hb Januari, lebih bersistematik.  Maklumat disampaikan tarikh pemberian disampaikan  melalui wattups.  Adil.  Siapa membaca dan hadir dapatlah kalendar itu secara percuma.

Pusat Dakwah Islamiah elok mengikut cara begini.  Bukan melalui ketua kampung semasa orang menerima pencen tua.  Orang terima melalui bank tentu inda ampit. .Bila saya cuba mendapatkan di pejabat, kerani itu kata kalendar diedarkan melalui ketua kampung.  Yang lain diperuntukkan untuk pegawai kerajaan.  Bila dirayu tolonglah minta satu saja.  Jawapannya liatlah di hujung tahun mun ada labih.  Kalau kita dalam keadaan ini mau marah atau ketawa dengan jawapan itu  .......