Bulan November ini ada lagi kegiatan saya bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Saya dipilih untuk menulis kertas kerja bagi Pertemuan Sasterawan Brunei. Tajuk besar kertaskerja itu ialah Penulis Muda, Arus Penulisan Era Siber. Tajuk kecil saya pilih mudah saja: Mendekati Sastera Siber.