Saya menghadiri Seminar “program Kesedaran Mengenai ASEAN”
anjuran Persatuan Siswazah Wanita, Negara Brunei Darusalam kemarin 12hb
Jan. Ini langkah baik sebagai respon
kepada persediaan Brunei menjadi Pengerusi ASEAN 2013.
Kata-kata dari ucapan SUT Jabatan Perdana Menteri Haji Mohd
Roselan memberangsangkan. Tiga orang
penceramah juga memberikan input yang berguna.
Mereka ialah Garry Ramlee Dato Haji Ibrahim, Kementerian HEWLN, Pg Haji
Mohd Aslan dari KKBS dan dari Malaysia Miss Tan Lay Ean. Saya tertarik dengan topik ASEAN Charter And
The Roadmap.
Sebahagian dari peserta seminar dari kalangan persatuan wanita |
Banyak soalan dikemukakan semasa forum Kesedaran ASEAN |
Kehadiran di seminar itu menimbulkan nostalgia zaman saya terlibat
dalam ASEAN COCI dan menjadi Pengerusi sub Group on Film and TV bagi Negara
Brunei Darussalam semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan dulu.