Pada 3hb November 2012 saya
menghadiri Siri Kuliah Kesusasteraan Bimbingan
di Balai Sarmayuda DBP yang dibimbing oleh Prof. Dr Sohaimi Abdul Azizi
dari Malaysia. Sebelah petang diadakan
di UBD. Projek ini adalah projek
MASTERA.
Kuliah kedua mengenai jenis-jenis
adaptasi novel ke filem menarik
perhatian saya kerana sudah lama saya teringin untuk mengalih cerita dari novel
kepada genre skrip filem/drama TV.
Sekarang saya sudah mempunyai sedikit kekuatan kerana Prof Dr Sohaimi
ada menerangkan tentang jenis adaptasi; adaptasi yang hampir lengkap dengan
karya asal, adaptasi yang merobah sebahagian dari apa yang terdapat dalam karya
asal dan adaptasi yang menghancurkan karya asal. Cuma semangat atau roh cerita novel itu saja
yang diikut.
Saya dan sebahagian dari yang menyertai ceramah itu |
Prof Dr Sohaimi dari Malaysia menyampaikan Kertas Ceramah |
Sebelumnya saya ragu-ragu kerana
ada jalan cerita yang mungkin payah untuk dialihkan kepada bentuk filem/drama
TV. Khuatir kalau mengubahnya tidak akan dibenarkan.Contoh-contoh filem dan
novel juga memudahkan saya kerana novel/filem yang digunakan dalam ceramah itu
pernah saya baca dan tonton.