Monday, February 28, 2011

BILA MENGHADAPI GANGGUAN TEKNIKAL


Masing-masing menunjukkan kebolehan menarikan tarian Poco-Poco


Hero bagi memeriahkan majlis- C Taufik, pelakon lawak Brunei


Saya diundang oleh Bahagian Drama RTB untuk menjadi salah seorang juri bakal pelakon drama RTB. Mereka itu terdiri dari peminat lakonan yang digabungkan berlakon dengan pelakon veteran. Hasil lakonan itu dinilai dan diberikan komen. Ada yang berpotensi. Namun ramai calon yang perlu dedahan dan bimbingan. Bukan mudah untuk jadi pelakon.
Pemilihan diadakan selama tiga hari. Beberapa hadangan dihadapi termasuk kerosakan teknikal. Sementara alat perakan di baik pulih para kakitangan penerbitan berhibus sesama sendiri bagi menyahkan rasa jemu. Telatah si Taufik pelakon lawak itu membuatkan kre terhibur dengan mengetuai tarian poco-poco.

JALAN LAUT KE TEMBURONG

Sejak bersara dari perkhidmatan Kerajaan saya tidak menggunakan perkhidmatan kenderaan laut untuk pergi ke Temburong. Maka bila ada tawaran Pusat Da’wah untuk pergi ke sana melalui jalan laut saya terus menerimanya. Sudah hampir tujuh tahun saya tidak melihat sekitar sungai menuju ke Temburong. Banyak perubahannya. Ada juga yang masih kekal seperti pokok-pokok pidada, daun nipah yang masih ada. Saya terlihat ada sekor buaya tersadai semasa pulang ke BSB. Sayang tidak sempat ambil gambar. Perahu-perahu yang dikendali oleh perambat udang galah tidak pula risau kehadiran buaya itu.
Bot yang membawa saya semakin laju. Kekuatannya 200 kuda. Pemandunya cekap bila membuat cornering di selekoh sungai yang tajam. Saya tanyakan pada rakan saya yang pergi dengan saya: sekiranya kita stuck di tengah-tengah laluan itu adakah dia ingat hala sungai yang berliku-liku itu? Terus dia jawab: tidak. Saya pasti ramai yang menggunakan khidmat sungai itu juga dalam keadaan begitu. Mereka pasti sesat. Jadi ini sebagai petunjuk bagaimana pentingnya perkhidmatan bot laju ke Temburong ke Brunei dan sebaliknya. Mereka benar-benar memudahkan perhubungan antara Bangar dengan BSB
Jalan darat ke Temburong sudah ada. Tapi dari segi kecepatan masa tiba ramai yang memilih pengangkutan laut.

Thursday, February 24, 2011

MAJLIS PELANCARAN BUKU PUSAT SEJARAH


Majlis Pelancaran buku terbitan Pusat Sejarah disempurnakan oleh YB Pehin Dato Haji Hazair Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan



Ada bermacam-macam gambar sejarah yang dipamerkan. Gambar-gambar itu mengingatkan hadirin pada zaman silam.



Kedai buku Pusat Sejarah terletak di hadapan bangunan Pusat Sejarah. Banyak buku boleh didapat sebagai tujukan dan bacaan umum.



Antara gambar yang dipamerkan ialah semasa Brunei di bawah pemerintahan Jepun 50 ke 60 tahun lalu.

Saya dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Buku terbitan Pusat Sejarah Brunei 2010-2011 pada hari ini 24hb Februari 2011. Lapan buah buku di lancarkan yang termasuk buku-buku dalam bahasa Inggeris. Dalam majlis yang sama Kedai Buku Pusat Sejarah juga dilancarkan. Kedai itu terletak di bahagian hadapan baguna Jabatan itu.
Saya tertarik dengan beberapa gambar yang dipamerkan termasuk gtambar-gambar ketika Negara di bawah pemerintahan Jepun. Gambar-gambar lama Bandar Brunei (Bandar Seri Begawan) juga ada. Gambar itu mengingatkan saya tentang tambing kadai, panggung Boon Pang dan juga pasar dan tamu lama.

SEHAT BADAN


Senaman dapat melembutkan otot demi kesempurnaan beribadat seperti sembahyang.


Minda menjadi cergas bila melakukan senaman dan baik untuk kegiatan duna dan akhirat


Jaraknya tidak jauh. Sambutan Majlis Maulud Nabi Muhamad SAW dengan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan hanya dalam jangka seminggu saja. Bagi yang terlibat dalam kedua-dua acara itu menghendakkan badan yang sihat. Saya ingin memetik sebuah rencana mengenai stima dan kesihatan. Sabda Rasulullah sallahu alaihi wassalam.
“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah.
Apabila Nabi Muhamad menyatakan bahawa orang mu’min yang kuat adalah lebih dicintai oleh Allah, itu bermakna orang mu’min dituntut untuk bersungguh-sungguh menjadi jaguh dalam segenap bidang kehidupan. Antara aspek yang paling penting dalam pembinaan kekuatan adalah penjagaan kesihatan dan aktiviti fizikal yang mampu meningkatkan tahap stamina, kecergasan dan kekuatan tubuh badan. Islam bukan agama rigid dan hanya mengongkong umatnya beribadah di masjid semata-mata, tetapi umat Islam hendaklah menjaga kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan.
Penjagaan kesihatan dan tubuh badan dalam Islam juga mesti ada matlamat yang jelas, bukan sekadar untuk mendapat tubuh badan yang berotot sasa atau sekadar matlamat-matlamat keduniaan semata-mata tetapi persediaan ini adalah persediaan yang dituntut sebagai persiapan untuk perjuangan dan akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Oleh itulah umat Islam perlu melazimkan diri dengan latihan-latihan riadhah .

Wednesday, February 23, 2011

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE 27 TAHUN.


Ini kes inda ingau, pasang bendera terbalik. Sudah banyak kali diberi pemberitahuan tentang cara menghormati lambang negara namun masih ada juga yang tidak peka.



Menghormati lambang negara bendera Negara Brunei Darussalam. Asuh kanak-kanak untuk menghormati lambang negara sejak kecil lagi.


Di ucapkan selamat Hari Kebangsaan ke 27 bagi warga Negara Brunei Darussalam dan pembaca blog ini semua. Saya tidak turun ke BSB bagi melihat secara dekat perayaan itu seperti yang saya lakukan pada tahun-tahun lepas. Saya masih ingat tahun lepas orang ramai/ penonton biasa dihadiahkan dengan bendera kecil untuk dikibarkan. Remang bulu roma bila sama-sama menyuarakan lagu kebangsaan sambil mengebarkan bendera.
Tahun ini saya hanya menonton televisyen. “Kambang bulu” juga bila mendengar laongan Allahu Akhbar. Bercakap mengenai bendera kecil, awal-awal lagi sudah diedarkan bagi dikibarkan di kenderaan persendirian. Adalah majlis penyerahannya seperti yang terlihat dalam berita TV. Namun bila melihat di jalanraya dapat dikira kenderaan yang mengebarkan bendera itu. Mana perginya bendera-bendera kecil itu yang diagih-agihkan itu ?
Lagi pasal bendera. Ada juga yang masih sambil lewa yang mengebarkan bendera. Semasa menjalankan tugasan di sebuah kampung, saya terlihat sebuah bendera yang dikibarkan secara terbalik. Mungkin ada lagi yang tidak peka seperti gambar yang tertera.

Thursday, February 10, 2011

MAKANAN HALAL KUCING


Apa yang direnung si comel ini? Makanan halal ? chicken, tuna atau tikus ?
.
Saya geleng kepala bila terbaca iklan itu yang disiarkan dalam sebuah akhbar di negara jiran. Bukan tidak percaya. Terpampang pada dada akhbar berbahasa Melayu itu ialah iklan tentang makanan pertama yang mengandungi seratus peratus daging halal di dunia. Tidak menghairkan bukan !
Yang membuatkan saya geleng kepala ialah, bahan yang diperkatakan ialah makanan halal bagi kucing. Sudah tentu kucing peliharaan. Kucing mana tahu samada makanannya itu halal atau haram. Tikus lalu di hadapannya pasti diterkamnya. Ular yang menjalar pasti dibahangnya. Malah ayam sekalipun boleh menjadi makanan rakus seekor kucing yang lapar. Tentu saja ayam yang tidak bersembelih, ayam yang tidak halal.
Kucing saya memakan makanan jenis kropok dan makanan yang ditinkan. Saya memilih jenis yang halal; ocean fish, mackerel, tuna, sardine dan seumpamanya. Sekali sekali saya beri makanan yang tidak halal. Jangan salah anggap. Saya memberinya makanan yang mempunyai campuran chicken. Pasti chicken itu tidak disembelih secara Islam. Pilihan kucing bukan dari segi halal haram tapi yang mana menyelerakan dan membangkitkan nafsunya untuk makan.
Bagi kebanyakan orang Islam termasuk saya bila membeli jenis makanan yang baru akan membaca dulu bahan campurannya. Mana mungkin membeli makanan kucing yang bercampur dengan daging khinzir.
Saya sendiri bila memberi makan kucing akan menggunakan sudu khas. Bukan sudu untuk digunakan oleh manusia waimapun bahan-bahan makanan kucing itu semuanya dari jenis ikan laut.
Begitulah cerita tentang makanan kucing pertama di dunia mengandungi 100 peratus daging halal. Inilah kehidupan zaman kini. Seperti sebuah iklan di sebuah stesen televisyen mengatakan: macam-macam ada !

Saturday, February 5, 2011

HARI JADI


Apa yang menarik perhatian member-member kecil ini ?


Yang tengah itu tercengang. Ini sesuatu yang baru dalam hidup mereka.



Mengajar potong kek harijadi.


Begini caranya memotong kek.



Kenapa ada api dan dian ? Fikir si Zahrah.



Batrisya malu-malu untuk tiup lilin.


Si kakak dan si adik.

30hb Januari 2011 yang lepas genaplah umur saya 61 tahun. Keluarga terdekat berkumpul dan kami baca doa selamat ramai-ramai. Paling menggembirakan ialah penyertaan tiga orang cucu baru. Dua orang adalah kembar. Cuba lihat mana satu kembar.

BEDAH RUMAH


Begini rupa rumah yang dibedah. Rumah asal ialah seperti gambar atas kanan. Setelah dibedah menjadi gambar kanan bawah. Mungkin pembedahan itu bernilai 15 juta rupiah.

Sekali sekala saya tertonton sebuah rancangan televisyen dari negara jiran. Nama rancangan itu Bedah Rumah. Rancangan itu memilih sebuah keluarga miskin sebagai fokas rancangan. Orang miskin itu sangat sulit dalam menjalani hidupnya sehari-hari. Himpitan ekonomi yang teramat berat membuat rumahnya sangat tidak layak untuk dihuni. Kru Bedah Rumah akan membantu merenovasi rumah itu. Namun sebelum di ”bedah”, hos atau bintang tamu dibawa untuk menginap di rumah itu. Selebriti itu juga mengikuti bagaimana susahnya sang pemilik untuk mencari wang sehingga tidak mungkin dapat mengumpulkan dana yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya memperbaiki rumah yang dzaib itu.
Diperlihatkanlah pelbagai keadaan yang sungguh menyedihkan semasa hos berada dan tinggal bersama keluarga miskin tersebut. Dapurnya masih menggunakan cara meniup melalui buluh untuk menghidupkan api. Bilik tidurnya menggunakan pangkin. Tilam dan bantal lusuh. Tidak ada petralatan mewah seperti televisyen atau radio. Tidak ada ruang tempat mandi.
Semasa rumah di “bedah” keluarga dzaib itu dipindahkan sementara di hotel lima bintang. Mereka dijamu dengan sajian enak-enak yang barangkali, baru ketika itulah mereka merasai makanan sebegitu lazat.
Majlis mengenalkan rumah baru mengundang masyarakat kampung. Keluarga yang terlibat menjadi tamu utama. Hitunganpun dimulakan.Ketika hitungan sampai ke angka tiga, tabir yang melindungi rumah baru itu menyusur turun. Ketika itu keluarga dzaib bagaikan tidak percaya rumah mereka telah dibedah dan menjadi sebuah penginapan yang cantik. Tangisan gembira tidak dapat dikawal. Ada yang sujud menyembah bumi tanda syukur. Bila dibawa masuk makin lagi mereka tidak percaya dengan bedahan itu. Rumah mereka yang hampir sujud menyembah tanah bertukar menjadi satu bangunan yang indah lengkap dengan perabut setelah menjalani bedah rumah.
Di Negara Brunei Darussalam ada juga keluarga yang dianugerahkan rumah yang telah siap dibina. Mereka tidaklah sampai histeria bila menjawat kunci rumah itu. Persoalan penting ialah bagaimana keluarga dalam kedua-dua senario yang mempunyai rumah baru meneruskan kehidupan supaya mereka tidak kembali kepada kemiskinan tegar.