Pada 28hb April 2010 lalu saya diundang oleh Harmoni FM untuk rancangan Tetamu Harmoni. Penerbitnya Hajah Jii. Rancangan atu berlegar sekitar pengalaman lepas pencen. Masa diperuntukkan selama setengah jam. Selesai siaran langsung atu penerbit kata dia senang kerana tidak perlu banyak menyoal. Memang banyak yang boleh dikurapakkan pengalaman setelah pencen. Kata Hajah Jii rancangan hari atu adalah rancangan penghujung sebelum direhatkan bagi member ruang rancangan bersifat kekeluargaan yang baru.
Terima kasih kerana memberi ruang bekurapak melalui radio. Suara saya pasti boleh di dengar ke seluruh Negara, ke negeri jiran dan juga dunia jika kebetulan ada orang mengikutinya melalui Radio Net. Itulah dia teknologi.
Thursday, April 29, 2010
CUTI PENDEK
Khosum Hassan. Lebih 40 tahun saya tidak jumpa kawan rapat saya ini setelah berpisah setelah kami tamat sekolah Tingkatan 5 pada tahun 1967 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh.
Minggu lepas saya menghadiri satu lagi majlis perkahwinan. Kali ini agak jauh iaitu di Kulim Kedah. Perkahwinan itu bagi cucu kemanakan Nurul dengan suami Yusuf. Untuk ke sana melalui Pulau Pinang. Sudah jauh bezanya pulau itu. Dulu masa mula-mula saya ke sana ialah dalam tahun 1964. Jembatan menyeberang selat belum ada. Sekarang jembatan kedua sudah dalam proses pembinaan.
Saya cuba jejak kasih dengan kawan-kawan lama semasa menuntut di STAR Ipoh. Masa terlalu singkat. Saya hanya berjumpa seorang. Kalau sinkir bahu memang inda kenal. Berubah betul wajahnya. Dalam masa perjumpaan kira-kira sejam banyak kenangan lama di imbas kembali.
Walaupun masa lawatan itu pendek, perjumpaan dengan kawan dan saudara mara amat menggembirakan. Sempat juga saya merasa laksa Penang yang popular itu. Dari lawatan singkat itu saya berhasil membuat tiga rencana pendek dalam Katak Atas Tempurung.
Tuesday, April 13, 2010
TITIAN PUISI
Malam Sabtu lepas 10 April saya menghadiri majlis sastera yang dinamakan Titian Puisi anjuran Asterawani Brunei. Majlis diadakan di Pusat Dakwah Islamiah. Apa lagi banyak yang mendiklamasikan sajak termasuk veteran Adi Rumi dan Badaruddin H.O. Malam itu berlangsung juga resensi buku bertajuk Negara Zikir karya Adi Rumi. Resensi disampaikan oleh Prof Dr Haji Sahlan bn Mohd Saman semantara resensi buku Takdir itu Begini karya Badaruddin HO di sampaikan oleh Prof Dato Dr Haji Hashim bin Awang.
RENCANA MAJLIS PERUNDINGAN KAMPUNG
Saya menang lagi dalam peraduan menulis.. Kali ini anjuran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sempena kegiatan Majlis Perundingan Kampung. Saya mendapat tempat pertama. Dapatlah duit dan sijil. Majlis penyampaian sijil diadakan di Jerudong Polo Club sebelah tengah hari. Tinggi juga penghormatannya. Saya didudukkan semeja dengan Menteri Hal Ehwal Dalam negeri bersama SUT dan beberapa orang Ahli Yang Berhormat
LAGI MAJLIS KAHWIN
Satu lagi majlis perkahwinan yang saya hadiri minggu ini. Kali ini lokasinya di Serasa PADA 11hb April lalu.Pengantin perempuan adalah anak pupu sekali saya. Semua majlis utama diadakan pada siang hari. Khabarnya sebelah malam ramai yang hadir meramai-ramaikan majlis itu walaupun atu bukan Majlis Ambil-Ambilan. Saya tidak hadir.
SPEAKERS' CLUB
Kawan-kawan ada bercerita tentang Speakers’Club di mana ahli atau tamu diminta pergi ke hadapan arena untuk bercakap selama dua minit. Tajuknya diberikan pada masa itu juga. Walaupun dua minit, tuhut boleh bergagar terutama bagi tamu yang kali pertama diundang ke hadapan dan bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Walau bagaimanapun banyak yang dipelajari dari kegiatan Speakers’Club ini bagi memperbaiki tatacara berkomunikasi yang tepat, bagus dan meyakinkan. Saya menghadiri aktiviti ini kali pertama pada malam 13hb April 2010 dan merasakan sesi itu sesuatu yang berguna untuk dihadiri.
Walau bagaimanapun banyak yang dipelajari dari kegiatan Speakers’Club ini bagi memperbaiki tatacara berkomunikasi yang tepat, bagus dan meyakinkan. Saya menghadiri aktiviti ini kali pertama pada malam 13hb April 2010 dan merasakan sesi itu sesuatu yang berguna untuk dihadiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)