Saturday, March 8, 2008

Masa Bekacambai

Hi, sudah seminggu saya tidak update blog ani. Bukan kering bahan. Biasalah bila ada tugasan menulis yang menghendakkan siap cepat. Kalang kabut jua dibuatnya. Datelinenya semua dekat-dekat. Minggu lepas saya siapkan satu skrip POP. Lapas atu PA Jah Masni dari Liputan Semasa menagih, mana tia skrip Tinjauan mengenai Shair ? Bahan sudah ada. Memasak nganya lagi. Ani saya kerjakan di tengah-tengah mau siapkan skrip drama TV; skrip bermusim dan skrip bersiri. Telefon berdering lagi. Hjh Jauyah merayu: Ji, sudah saya tagih penulis skrip lain, alum jua ada yang submit. Sori Ji ah. Aku ani inda kan ulang-ulang arah kita. Tahun lapas sudah kita membuat skrip sitcom kita. Inda kan mau pilih kasih. Saya pun pergi arah penulis lain. Tapi sampai ani alum ada yang antar. Abak-abak hatiku. Ia tah ku balik mengaga kita ani. Dua buting Ji ah, 1 untuk Hariraya dan 1 untuk tahun baru. Ah, ini dua sitcom mau dibuat.

Alum lagi tetarik nafas, Norleha dari Nur Islam pula dengan manja merayu. Ji, jangan lupa ah, skrip Maulud. Alamak anipun mau laju. Malam ani orang sudah bedikir di masjid.

Lain lagi ingul si Maslina Abdullah. Anak chef Wan si Sarena kan datang minggu ani katanya. Siapkan tia skrip atu. Ani skrip eco pelancongan.

Atu baru cerita skrip. Ada lagi yang mencuri masa. Acara Sembang Sastera sempena pesta buku membuatkan saya beparam di ICC tiga hari. Atu ok, majlis ilmu. Kemari bahari si Haji Kifli telefon: Ji inda kau ke Dewan Majlis baru? Orang ramai diundang hadir. Fikir punya fikir sayapun kata, auw. Nah panuh hari Sabtu ani dengan saya menghadirkan diri mendengar perbahasan di Dewan Majlis.

Nantitah saya rakatkan gambar arah blog ani.

Saturday, March 1, 2008

Suara POP - Penulis Orang Pencen - Sha'ir

Assalamu alaikum orang pencen semua. Malam ari anam lapas saya ke Dewan Sarmayuda DBP mendangar Pertandingan Menambang Sya’ir Senegara yang dikelolakan oleh Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam. Adalah saya bejumpa seorang dua kawan dari kalangan mereka. “Ani tatap ada dalam tulisannya” kata seorang. Saya memang berhajat untuk menulis sesuatu mengenai penambangan sha’ir ani.

Pertama-tama ia dianjurkan oleh orang pencen dari kalangan angkatan bersenjata. Ertinya orang pencen ani berusaha dan tarus berbakti dalam menumpahkan taat setia secara berterusan.

Dua tiga kali setelah mendangar YB Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan bersha’ir, termasuk semasa kemuncak sambutan Hari Kebangsaan ke 24 yang lalu, Malam Kembara Puisi DBP dan jua malam atu, hati terdetik untuk ingin mengetahui tentang shair ani. Sebenarnya semasa saya bertugas dalam awal tahun 70 dulu di Dewan Bahasa ada jua saya diarah untuk memindahkan dan merumikan sha’ir seperti Sha’ir Simaun Sha’ir Rajang Hari yang mempunyai banyak versi. Tapi atutah, lapas macam atu saja. Hujung bulan terima gaji.

Saya bukan penyanyi. Tapi saya terpesona dengan suara Dayang Norhawadah bte Ramli pemenang Bahagian Remaja pertandingan atu. Suaranya lanjar, gemersih dan merdu. Barangkali siapa yang mengikuti di radio yang disiarkan secara langsung malam atu melalui Nasional FM setuju dengan saya. Awal-awal sudah saya menakahi. Banar jua, bila keputusan diumumkan Dayang Norhawadah menjadi juara.

Ani satu usaha yang amat baik bagi menyanjung budaya bangsa terutama di kalangan orang muda-muda. Liat saja daulu permainan gulintangan. Nganya segelintir orang yang boleh bermain. Karang ani banyak sekolah yang mempunyai kelab gulintangan. Orang muda-muda ani diundang dalam majlis-majlis dan memainkan lagu-lagu. Bukan lagu lama saja seperti Hujang Lari atau Kudidi malah ada yang boleh mengatuk gulintangan menyampaikan irama lagu Inggeris ! Saya fikir sha’ir ani pun sama juanya. Boleh dipopularkan. Apatah lagi yang memigang candi di Kementerian Kebudayaan merupakan penambang sha’ir yang prolifik.

Di peringkat sekolah memang sudah diusahakan oleh Jabatan Ko-Kurikulum. Sudah ada pertandingan. Sahabat pencen saya kata ada 8 buah sekolah dan 3 buah maktab di mana ia menjadi fasalatator dan pakar rujuk. Ia tah kegunaannya orang pencen ani. Diam-diam dapat menurunkan ilmu. Siapa orangnya ? Tu nah, Awang Haji Emran Haji Aji namanya. Malam atu ia dilantik jadi ketua hakim. Bila mendangar ulasannya, keinginan saya untuk mengetahui tentang sha’ir makin mendalam. Sebenarnya kami pernah bergiat dalam Badan Kebudayaan daulu dalam tahun 70an. Tapi inda pulang saya betanya mengenai sha’ir. Yang saya tau ia pengesel biola yang mahir. Ia inda tau baca not lagu tapi dudukkan tia dengan pemain gandang labik. Ingut-ingut jua tangan batis mengikut musiknya. Mun inda picaya cubatah ikuti Ruangan Berpantun Radio. Bisaibah tingkah biolanya atu. Mun ia mematik gambus sama juanya. Ingat saya lagi ia menyanyikan Lagu Air Pasang. Mendayu-dayu bah. Patuttah ada lagu kuratu benama Sangga Bunuh. Menurut cerita orang tetua lagi daulu, kemerduan penyair dan jua pedikir membolehkan bis sidia terlepas dari hukuman. Maknanya timbul rasa sayang arah abis sidia atu kerana kegemersikan suara.

Orang muda-muda disamping tau mengenai pop, regge, hip hop, metal bisai jua mengetahui tentang seni budaya sendiri. Saya telefon rakan saya Haji Emran betanya tentang lagu.

“Wang tuan, banyak lagu mashor sha’ir kitani ani. 12 jenis semuannya. Yang malar ditambangkan sebanyak 4 jenis. Irama Begawan, Si Marcu Gunung, Siti Zubaidah, Tambang Beranyut.

“Macam mana membezakan lagu-lagu atu ?”

“Belajar titu. Saya lagi damit, barangkali umur 6 tahun kali, sudah di suruh baca sha’ir. Di upah 10 sen tu. Ia tah membari saya tahu jenis-jenis sha’ir ani.”

Nah cam atu tah panjang pejalanan dan pengalaman Awang Haji Emran dalam dunia Sha’ir Brunei. “Ia tah lagu-lagu atu kan ditarapkan. Empat lagu atau sudah di setujui” Tambah Awang Haji Emran.

“Apa kan maksud ditarapkan ani ?” Saya pula menimbulkan kekeliruan.

“Ditarapkan atau dipersetujui bah. Abis amba anipun betanya arah orang tetua yang mahir besya’ir. Mun lagu atu disetujui barutah dimaktubkan namanya” teman saya meluahkan pengalaman.

Di kepala saya terlintas pandangan: Mun ada graduan universiti membuat penyelidikan berasaskan sya’ir ani, banyak kali bahannya.

“Kediaku lagi daulu wang tuan, betanya arah Hajah Gambar, orang Kampung Peramu.” Teman saya terus mededahkan maklumat. Atu zaman daulu dengan cara dulu. Cara karang ani lagi canggih. Ani satu kepakaran dan warisan yang perlu lakas dituntuni dan ditunduki supaya inda akan hilang.

Usaha pertama pertandingan penambangan sha’ir peringkat negara yang julung kali di anjurkan oleh Persatuan Bekas Perajurit Negara Brunei Darussalam, disokong oleh Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah ani amat disanjung.

Karang anipun Kementerian Ehwal Ugama mula menimbulkan pembacaan ratib. Lagi daulu, ada lagi sebuting kegiatan budaya yang dinamakan Ratip Saman. Barangkali mengambil sempena nama pengasasnya. Atupun bisai digali. Yang mana bercanggah dengan amalan ugama boleh dipebisaikan. Bah mana tia pesatuan lain atu ?