Tuesday, November 12, 2019

pergi lagi ke DBP

Bulan November ini ada lagi kegiatan saya bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Saya dipilih untuk menulis kertas kerja bagi Pertemuan Sasterawan Brunei.  Tajuk besar kertaskerja itu ialah Penulis Muda, Arus Penulisan Era Siber.  Tajuk kecil saya pilih mudah saja: Mendekati Sastera Siber.


Tuesday, October 8, 2019

Ikan di Laut Asam Di Darat

Ya siapa sangka mereka bertemu jodoh.  Pengantin lelaki itu kira cucu kemanakan saya sementara buah hatinya datang dari Malaysia.  Maka itu diadakan dua kali persandingan.  Persandingan dalam gambar ini yang di adakan di Negara Brunei Darussalam.  Sebelumnya diadakan di Kuala Lumpur.

Bengkel Penulisan Sastera Kreatif

Bersama Marsli N.O dari Pahang yang menjadi Pembimbing Bengkel Penulisan Sastera
Kreatif anjuran ASTERAWANI yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada
14hb-15hb September 2019.

Banyak masukan baru didapat dari Bengkel tersebut.

Wednesday, August 14, 2019

Bila Bertemu

Bila bertemu di kalangan rakan lama macam-macam yang timbul sebagai bahan percakapan terutama kesah-kesan di zaman persekolahan berasrama.  Tiada ada yang berumur lima puluh tahun.  Yang hadir ialah kalangan enam puluhan dan tujuh puluhan. Inilah saja cara menghibur hati di zaman maghrib ini. Bila-bila masa akan ada yang "berpulang" lebih dahulu.

Sekumpulan mantan penuntut Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh dari Brunei santai sambil breakfast.

Sunday, August 11, 2019

Drama radio

Dalam kereta tadi ketika hendak membeli barang di sebuah kedai runcit saya terdengar sebuah drama radio yang ada kaitan dengan ibadat haji.  Ini drama saya.  Saya dengar ada kredit nama penulis.  Betullah naskah tulisan itu saya yang punya.. Drama itu sudah disiarkan empat lima tahun dulu.  Siaran ulangan ini tak ada pula di maklumkan.  Kes FOC lah ni.Bukan mudah untuk menghasilkan tulisan.  Kadang-kadang mengayau ke negeri jiran mencari ilmu.  Tapi yang di sebelah sana mudah 


saja menyiarkan.  Kalau tidak dibayar,
sekadar dimaklumkan pun ok jua.

Gambar bersama Pengarah RTB selesai menghadiri BengkelLakunan Drama.

Friday, August 9, 2019

Kesedihan

Pagi tadi saya dikhabarkan anak saudara saya Rosli bin Haji Azahari meninggal dunia kerana komplikasi buah pinggang. Sudah janji umurnya begitu.  Yang menjadi menyayat hari bila mana anaknya pada masa yang sama berada di icu kerana komplikasi paru-paru. Dia tidak boleh bergerak bagi menghantar bapanya ke tempat persemadian terakhir. Syukur jua kerana dia sedar. Maka digunakan teknologi tele conferencing antara dirinya di hospital dengan sanak saudara yang mneyelenggara jenazah bapa nya di Mesjid Pulai.  Semoga roh Allahyarham Rosli dicucuri rahmat dan diberi kekuatan pada anaknya yang berhadapatan dengan penyakit.  Allah saja yang tahu bagaimana golakan perasaan anaknya yang hanya mampu melihat penyelenggaraan jenazah bapanya dari jauh.

Thursday, May 30, 2019

CEMBURU

Saya cemburu melihat rakan penulis yang begitu cepat mencipta puisi.  Buktinya ada puisi yang ditulis ketika menghadiri seminar atau ceramah.  Bila giliran untuk mendiklamasikan puisi, rakan itu berkata dia baru saja berjaya menulis satu puisi.  Masih hangat. Dia mendapat ilham dari suasana seminar yang baru diikutinya sebentar tadi.

Sedangkan saya untuk menulis satu ayat puisi kuial kial. Perlu bertungkus lumus.  Itupun belum tahu berjaya.Puisi atau sajak adalah genre yang paling asing bagi saya. Saya tidak keberatan untuk menulis rencana, dokumentari skrip radio dan televisyen.  Malah juga kertas kerja.

Inilah saya mula hendak mendekati gentre puisi itu.  Saya cuba mengolah satu puisi satu hari. Mudah-mudahan tercapai.

Thursday, May 16, 2019

10 TAHUN LALU

Saya menyemak kembali posting dalam blog ini.  Kali terakhir ialah pada tahun 2008.  Sekarang sudah pertengahan tahun 2019.  Maknanya sudah lebih 11 tahun saya hilang dari arena penulisan di blog ini. Alasannya.  Blog ini di kacau sehingga saya tidak dapat membukanya. Lawatan saya kali ini nampaknya ada ruang bagi saya masuk kembali.  Lihatlah kalau tidak ada aral saya akan menulis kembali.