Thursday, February 24, 2011

SEHAT BADAN


Senaman dapat melembutkan otot demi kesempurnaan beribadat seperti sembahyang.


Minda menjadi cergas bila melakukan senaman dan baik untuk kegiatan duna dan akhirat


Jaraknya tidak jauh. Sambutan Majlis Maulud Nabi Muhamad SAW dengan Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan hanya dalam jangka seminggu saja. Bagi yang terlibat dalam kedua-dua acara itu menghendakkan badan yang sihat. Saya ingin memetik sebuah rencana mengenai stima dan kesihatan. Sabda Rasulullah sallahu alaihi wassalam.
“Orang mu’min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mu’min yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlumbalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah.
Apabila Nabi Muhamad menyatakan bahawa orang mu’min yang kuat adalah lebih dicintai oleh Allah, itu bermakna orang mu’min dituntut untuk bersungguh-sungguh menjadi jaguh dalam segenap bidang kehidupan. Antara aspek yang paling penting dalam pembinaan kekuatan adalah penjagaan kesihatan dan aktiviti fizikal yang mampu meningkatkan tahap stamina, kecergasan dan kekuatan tubuh badan. Islam bukan agama rigid dan hanya mengongkong umatnya beribadah di masjid semata-mata, tetapi umat Islam hendaklah menjaga kesihatan dan meningkatkan kekuatan tubuh badan.
Penjagaan kesihatan dan tubuh badan dalam Islam juga mesti ada matlamat yang jelas, bukan sekadar untuk mendapat tubuh badan yang berotot sasa atau sekadar matlamat-matlamat keduniaan semata-mata tetapi persediaan ini adalah persediaan yang dituntut sebagai persiapan untuk perjuangan dan akan diberikan ganjaran pahala yang besar. Oleh itulah umat Islam perlu melazimkan diri dengan latihan-latihan riadhah .

No comments: