Saturday, February 5, 2011

BEDAH RUMAH


Begini rupa rumah yang dibedah. Rumah asal ialah seperti gambar atas kanan. Setelah dibedah menjadi gambar kanan bawah. Mungkin pembedahan itu bernilai 15 juta rupiah.

Sekali sekala saya tertonton sebuah rancangan televisyen dari negara jiran. Nama rancangan itu Bedah Rumah. Rancangan itu memilih sebuah keluarga miskin sebagai fokas rancangan. Orang miskin itu sangat sulit dalam menjalani hidupnya sehari-hari. Himpitan ekonomi yang teramat berat membuat rumahnya sangat tidak layak untuk dihuni. Kru Bedah Rumah akan membantu merenovasi rumah itu. Namun sebelum di ”bedah”, hos atau bintang tamu dibawa untuk menginap di rumah itu. Selebriti itu juga mengikuti bagaimana susahnya sang pemilik untuk mencari wang sehingga tidak mungkin dapat mengumpulkan dana yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya memperbaiki rumah yang dzaib itu.
Diperlihatkanlah pelbagai keadaan yang sungguh menyedihkan semasa hos berada dan tinggal bersama keluarga miskin tersebut. Dapurnya masih menggunakan cara meniup melalui buluh untuk menghidupkan api. Bilik tidurnya menggunakan pangkin. Tilam dan bantal lusuh. Tidak ada petralatan mewah seperti televisyen atau radio. Tidak ada ruang tempat mandi.
Semasa rumah di “bedah” keluarga dzaib itu dipindahkan sementara di hotel lima bintang. Mereka dijamu dengan sajian enak-enak yang barangkali, baru ketika itulah mereka merasai makanan sebegitu lazat.
Majlis mengenalkan rumah baru mengundang masyarakat kampung. Keluarga yang terlibat menjadi tamu utama. Hitunganpun dimulakan.Ketika hitungan sampai ke angka tiga, tabir yang melindungi rumah baru itu menyusur turun. Ketika itu keluarga dzaib bagaikan tidak percaya rumah mereka telah dibedah dan menjadi sebuah penginapan yang cantik. Tangisan gembira tidak dapat dikawal. Ada yang sujud menyembah bumi tanda syukur. Bila dibawa masuk makin lagi mereka tidak percaya dengan bedahan itu. Rumah mereka yang hampir sujud menyembah tanah bertukar menjadi satu bangunan yang indah lengkap dengan perabut setelah menjalani bedah rumah.
Di Negara Brunei Darussalam ada juga keluarga yang dianugerahkan rumah yang telah siap dibina. Mereka tidaklah sampai histeria bila menjawat kunci rumah itu. Persoalan penting ialah bagaimana keluarga dalam kedua-dua senario yang mempunyai rumah baru meneruskan kehidupan supaya mereka tidak kembali kepada kemiskinan tegar.

No comments: