Saturday, June 26, 2010

SKRIP... SKRIP.


Menulis menghendakkan kekuatan minda. Pemain musik ini juga menghendakkan kekuatan minda. Dia dianugerahi Allah hidup tanpa mata !


Tengah hari tadi saya jalan-jalan ke kolmpleks RTB di Sungai Akar dan di bandar. Biasalah bagi orang pencen untuk jumpa kawan-kawan lama, sambil cari peluang dan ilham. Ramailah yang menegur, tanya khabar dan sebagainya. Ada juga singkir bahu bila diberi salam, mungu saja. Bukan tidak mendengar. Jarak kami dekat saja. Biasalah bila sudah tidak ada power, nak jawab salampun berat. Adalah orang yang bersifat begitu. Tidak ada hard feeling pada yang berkenaan. Biarkan tia. Satu masa nanti ia akan pencen juga. Mudah-mudahan ramai yang menegur dia nanti bila masuk alam pencen.



“Baru ku menyabut-nyabut nama kita” sapa seorang pekerja wanita. Dia ini mantan presenter saya masa mengendalikan Rampai Pagi dulu. “Apa hal ? “ Saya tanya dia. “Anakku kan kahwin. Kan minta buatkan skrip arah abis kita”

Seorang pegawai yang bersama kami bertanya: Skrip apa ? Dayangku bukan Penerbit”
“Buat-buat menunggu pengantin laki nanti dihebahkan tah mengikut skrip yang ditulis atu; latar mempelai, bila mereka bertemu, berapa lama berkenalan dan sebagainya.”
“Oh cam atukah majlis perkahwinan karang ani”
“Ya, bukan saja buat coverage video dan foto, ada lagi hebahan” jelas wanita itu.
Nah ini lagi satu bentuk tugasan yang saya buat masa ani dalam bidang penulisan. Bukan saja untuk rancangan radio atau televisyen atau video korporat, buat skrip untuk private function inipun sudah menjadi sumber rezeki.

Siapa yang interested ikut jejak saya boleh hubungi sipugut@hotmail.com. Atau 8871520.

Wednesday, June 23, 2010

MENGHANTAR BARIAN


Ani dia sanak saudara yang menjadi ahli rombongan Menghantar Barian



Dato Haji Yusof menjadi kepala rombongan Menghantar Barian



Sebahagian dari barang hantaran




Bakal bisan.



Menyemak balasan hantaran.




"Ani indah-indah balasan kami...."




Nah, nyamannya masakan kampung.



Bergambar bersama bakal saudara. Anitah untie-untie dan pupu sekali.



Macam nervous si Syam atu begambar dengan tunangnya .


Saya ke KK pada 18hb Jun 2010 yang lalu bagi menghadiri majlis menghantar barian anak saudara. Tempat yang dituju sebuah kampung dalam kawasan pekan Beaufort. Seronok juga mengunjungi ke kampung ini yang dihuni oleh masyarakat Bisaya. Nampaknya banyak pohon buah di sana. Ada sudah yang mengeluarkanl buah. Tapi buah-buah atu belum matang. Seronoklah si Syam nanti bila sudah berumahtangga; puas makan buah.

LEPAK


Alif sebagai pengacara dan seorang lagi pembicara dari Jabatan Pembangunan Masyarakat Hajah Siti Aynah Haji Mohd Yaakob.



Berdiri di samping set rancangan.

Pada 22hb Jun 2010 lalu saya diundang untuk menjadi “artis” rancangan Kan Halnya. Ini ialah rancangan bualbicara. Saya bersama seorang pegawai konseling dari Jabatan Pembangunan Masyarakat memperkatakan tajuk LEPAK. Pengacara rancangan Alif Amsyar.
Sudah lama juga saya tidak diundang untuk menyertai rancangan TV. Terima kasihlah pada Penerbitnya Sumariah Haji Abdul Rahman. Saya tidak membuat apa-apa persediaan. Bicara hari itu mengalir bagaikan air sungai surut. Bahan yang dicakapkan keluar dari pengamatan, pengalaman dan respon dari pembicara yang seorang lagi.

Monday, June 21, 2010

AIRMATA DUYUNG


Mnggu lepas saya ke Kota Kinabalu.
Biasanya pada hujung minggu saya memastikan saya membeli akhbar Weekend dan dua buah akhbar dari semanajung; Malaysia Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Sebabnya dalam akhbar-akhbar itu banyak ditulis rencana.

Saya tidak sempat membeli akhbar itu pada pagi ahad di Kota Kinabalu kerana akhbar itu hanya ada dijual pada sebelah petang.

Saya mengikuti jalan darat pulang ke Brunei an singgah di Kuala Penyu sebuah kampung pedalaman. Harapan saya dapat membeli akhbar berkenaan di Beaufort. Putar-putar tidak juga menjumpai akhbar berkenan. Saya teruskan lagi perjalanan dan singgah di Sipitang. Di pekan itu saya hanya mampu membeli cucur-cucuran di gerai terbuka. Orang di sini tidak baca akhbar dari Semananjungkah ? Otak saya mula berfikir.

Harapan saya untuk mendapatkan akhbar itu bagitu tinggi kerana pada hari saya pulang itu ialah hari penghujung cuti persekolahan. Pasti ramai orang mulih dan menggunakan khidmat feri. Kalau ada akhbar tidak juga jemu untuk menunggu edaran menyeberang sungai di Pendaruan dan Sungai Temburong. Pasti kereta berjanjar-janjar.

Harapan saya hanya tinggal untuk mendapatkan akhbar berkenaan di Limbang. Ketika sampai di pekan itu hari sudah bertukar Maghrib. Keadaan sudah mulai gelap apalagi diiringi oleh hujan renyai-renyai. Saya berlari anak ke kedai tempat biasa saya membeli akhbar. Sampai di sana warung itu sudah di tutup dengan kain. Saya tanya gadis yang masih membersihkan kawasan gerainya. Tidak ada akhbar itu katanya, atau ia malas untuk membuka tukup ruang buku-buku dan akhbar jualannya. Peluang terakhir ialah pergi ke tingkat satu. Sampai di sana kedai itu juga sudah tutup. Jadi hampalah saya untuk membeli akhbar Minggu Malaysia dan Berita Minggu.

Baik juga saya ada membeli majalah berbentuk akhbar semasa singgah di Beaufort. Niat membeli itu timbul kerana terasa ada firasat yang saya tidak mungkin dapat membeli akhbar yang saya kehendaki. Betul juga. Tidak pernah saya membeli majalah berbentuk akhbar itu sebelumnya. Tajuk berita di muka depannya amat memikat: Pelakon Melayu Berani dan ada gambar di atas ranjang yang dikatakan dilakunkan oleh orang Melayu. Terdapat juga gambar gadis manis dengan kepsyen: Siwartawan jelita. Memang gadis itu jelita.Pada kolum kecil ada tajuk: kehebatan tangkal orang Iban. Sayapun beli. Harganya $2.80 sen Malaysia.

Kerana tiada apa yang hendak dibaca semasa melalui barisan panjang untuk menyeberang sungai dengan feri dan melalui kawalan imigresen saya baca dari muka pertama hingga muka terakhir termasuk juga iklan-iklan. Ada sebuah iklan yang mempaparkan tentang pengamal traditional. Saya ceritakan tentang iklan ini kepada rakan-rakan pencen keesokan harinya.

“Apa iklan atu ? Mun sudah majalah kita baca atu bercorak gossip tentu iklan atu pun panas gayanya ?” Teman pencen ani bagitu ghairah intuk mengetahuinya.

“Ani terpulang pada sudut pandangan masing-masing” kata saya sebelum menyambung cerita : “Mun orang muda bersemangat membaca ni.” ujar saya lagi membuatkan teman pencen itu bertambah memberi perhatian pada saya. “Saya mahu biskita memberi komen” Saya meningkatkan lagi keadaan suspen.

“Bari tahu dulu, baru dapat kami komen” cepat teman pencen itu meningkah. Saya kesihan melihat wajahnya yang bagitu beria-ia hendak tahu. Saya mengeluarkan akhbar berkenaan dan mula membaca “ Pengamal Tradational atu menjual Pengasih dan Pelaris. Antaranya Minyak Cenuai Asli, Minyak Cinta Berahi, Minyak Airmata Duyung, Pasak Kasih Sayang, Seribu Pengasih, Minyak Kayu Pengikat.” Saya diam sebentar.

“Ada lagi ?” kedengaran satu soalan.

“Ada. Tapi saya kan dengar komen abiskita dulu”

“Mun indah-indah ani, bukan saja orang muda-muda yang beguna, orang pencen macam kitani anipun rasa-rasa ada keperluannya” Komen itu di iringi dengan ketawa. Kawan-kawan lain yang mendengar pekurapakan kami juga ketawa. Bila ketawa reda, seorang teman pencen pula menyampuk.

“Macam mana mendapatkan airmata duyung atu ah ? Pertama di mana kan kan beroleh duyung ? Kedua bila masa kan menunggu air matanya keluar ? Mun keluarpun payah jua kan mengambil. Duyung menanang dalam air.” Saya dapat membayangkan apa yang tergambar dalam minda teman pencen ani.

“Kita ani inda peratian. Atu nama minyaknya saja. Artinya payah kan mendapat. Ia tah trick iklan atu” Si kawan ani cuba meluruskan.

“Banar jua. Payah kan mendapat indah-indah yang disebutkannya atu. Cenuai Asli yang kita sabut awal-awal atu antadi atu, apa ? Si kawan ani ingin tau.

“Akupun inda tahu. Apa lagi kegunaannya” Saya berterus terang.

“Nyanta antadi banyak lagi khidmat yang ditawarkan.” Bersuara pula teman pencen yang lagas kepalanya. Mungkin ingin tau macam mana cara melabatkan t rambut.

“Banyak lagi ni nah” Saya terus membaca. “Penunduk Umat Adam, Susuk Seri Emas, Kenaikan Pangkat/Darjat, Magnet Jodoh, Mangga Nafsu, Cahaya Seri Roh, Aura Seribu Seri, Pelaris Niaga…”

“Bah sudah ta eh. Bukannya banar tu. Iklan saja.” Si kawan ani memintas. Kami ketawa lagi.

“Siapa kan merespon iklan ani ? Ada kali orang kan behajat ?. Baik tah beri tahu sebelum saya buang majalah ani” Sekali lagi diikuti dengan ketawa ramai.

“Macam-macam orang cari usin karang ani. Mun banar amalannya atu inda payah ia mengiklankan. Abis saja usinnya membayar kos iklan. Guna saja minyak pelaris atu“ Komen atu membuatkan ramai teman pencen tebahagga. Banar jua. Mun inda hati-hati nama-nama amalan atu saja boleh memikat untuk orang memberi respon pada iklan seperti itu.

Wednesday, June 16, 2010

BENGAWAN SOLO

Saya pergi ke Jakarta beberapa minggu lalu setelah kira-kira enam tahun tidak menjejak kaki ke bumi Indonesia. Setelah masa berlalu tentu saja banyak ekspektasi. Namun turun dari pesawat terbang dan melalui Bendara Sukarno-Hatta saya rasa keadaannya masih seperti dulu. Yang Dulu ramai pengurap wang berlari-lari untuk membawa ke booth mereka. Tukar wang di sini, bapak. Bagitu juga pengemudi teksi. Ramai yang menawarkan khidmat. Pergi ke Jakarta mengembalikan kenangan saya pada lagu-lagu keroncong termasuk lagu Bengawan Solo.

Lagu ini bagitu popular sehingga bila orang menyebut ibu Negara Brunei Darussalam, mereka terpengaruh dengan sebutan Bengawan Solo, bukan Begawan dalam nama Bandar Seri Begawan. Orang-orang tua lingkungan 50 ke 70 tahun pasti ingat melodi lagu tersebut. Sungguh mendayu-dayu. Apa lagi alunannya dalam irama keroncong dan digual pada waktu malam. Melodi asalnya dimainkan dengan menggunakan seruling.

Cerita tentang lagu Begawan Solo timbul bila mana penciptanya bapak Gesang Martohartono meninggal dunia baharu-baharu ini pada usia 92 tahun. Lagu Begawan Solo dicipta pada tahun 1940 menceritakan tentang sebuah sungai solo yang mengalir melalui bahagian tengah dan Timur Pulau Jawa. Oleh sebab melodinya yang menarik lagu ini telah di terjemahkan ke sekurang-kurangnya 13 bahasa termasuk ke dalam Bahasa Inggeris, China dan Jepun. Jadi bayangkan sebanyak mana pendengar lagu Bengawan Solo. Lagu itu juga telah disampaikan oleh penyanyi-penyanyi handalan seperti Pan Xiuqiong, penyanyi traditional Jawa Waljinah dan Francis Yip.

Bengawan Solo dinyanyikan dalam Singapore Youth Festival, dipadankan ke lagu Bahasa Inggeris River of Love dan dinyanyikan oleh Rebecca Pan. Lagu yang sama juga dimasukkan dalam sebuah filem Hongkong oleh Pengarahnya Wong Kar Wai dalam filem bertajuk The Mood for Love pada tahun 2000.

Khabarnya bapak Gesang Martohartono, pencipta lagu ini mendapat royalti sekitar 21 juta rupiah dari bulan Julai hingga Disember tahun lalu sahaja. Ini satu pencapaian yang amat besar bila mengenang bahawa lagu Bengawan Solo dicipta oleh seorang yang mendalami ilmu musik secara sendirian dan pada mulanya hanya dinyanyikan di pesta-pesta kampung.

Cerita-cerita sebegini walaupun dipandang sebagai cerita “stail lama” perlu juga diambil peduli oleh insan-insan yang terlibat dalam dunia musik. P2F baru saja selesai. Mungkin ada rangsangan dari pengalaman bapak Gesang ini dan penyanyi gemerlapan yang disokong oleh peminat tidak hanya bergantung kepada undian sms.

Pelangi FM berungkayah mengeluarkan CD penyanyi tempatan setiap tahun. Moga lagu-lagu itu terus berkumandang. Kalaulah boleh melodinya meresap ke genarasi akan datang.

BLACKBERRY


Setiap kali naik pesawat terbang awda dinasihati untuk mematikan telefon bimbit kerana gelombangnya dikhuatiri mengganggu peralatan nevigasi pesawat terbang.
Bila sampai ke destinasi, selain urusan passport, perkara utama yang harus di beri keutamaan ialah membuka jalur komunikasi. Dan sudah tentu membuka suis telefon yang dimatikan semasa dalam penerbangan.

Sebenarnya tidaklah bagitu payah untuk mendapatkan simcard tempatan di bandar yang dituju. Warung-warung telefon bagaikan mengucapkan selamat datang kepada pengunjung. Selain warung pertukaran matawang, warung telefon biasanya ada di bahagian depan dewan ketibaan. Saya mencari-cari warung itu semasa tiba di Jakarta baharu-baharu ini. Saya tidak nampak. Keadaan bendara itu seakan sama seperti dulu kira-kira tujuh ke lapan tahun bilamana saya sering mengunjungi negara jiran itu.

Di stesen teksi saya didatangi oleh seseorang yang menawarkan simcard. Cara dia berurusan dengan saya meragukan “Jaga-jaga kamu bila sampai di sana: nasihat kawan saya orang Indon yang bertugas di Brunei.

Sepuluh tahun dulupun saya sudah mendengar cerita ini; cerita tentang bagaimana amah-amah yang turun dari pesawat terbang dari Brunei didatangi oleh orang-orang yang menjemput mengatakan dia adalah saudaranya. Naik saja ke kereta dan bila sampai sekerat jalan, pengemudi kereta memberhentikan kereta dan mulalah memeras penumpangnya yakni amah yang baru pulang dari Brunei. Pemeras itu tahu amah-amah ini membawa banyak wang. Sungguh menghairannya amah-amah itu tidak kenalkan saudara maranya. Mungkin sudah lama berada di Brunei, sudah lupa pada sanak saudara atau pemeras itu memang cekap bersuara lembut semasa memujuk mangsanya untuk naik keretanya. Flashback ini mengingatkan saya supaya berhati-hati. Maka pujuk rayu insan yang mendatangi saya untuk menjual simcard tidak berjaya melembutkan hati saya. Benar juga, keesokan harinya bila saya membeli simcard di warung sah, harganya jauh lebih murah seperti yang ditawarkan. Sebenarnya saya menolak tawaran insan palsu itu lebih kepada ganggunya minda saya mengira ribu-ribu rupiah. Saya merasakan tawarannya itu terlalu tinggi sehingga mencapai tiga ratus ribu rupiah.

Teman bersama saya mendapati satu jenis jenama telefon bagitu popular di Jakarta. Blackberry. Diapun bertanya berapa harganya. Kerana belum mesra dengan harga ratus ribu rupiah iapun menawar harga, memohon jika dapat di kurangkan sepuluh ribu rupiah. Nasib baik tukang kedai itu leka dan tidak mendengar. Saya yang mendengar jumlah tawar-menawar itu menarik tangan kawan saya dan berbisik. Berapa kita tawar harga telefon yang nilai harga Brunei melebihi lima ratus ringgit. Dia menjawab sepuluh ribu rupiah. Saya tanya: tau biskita berapa nilai sepuluh ribu Rupiah dalam wang kita ? Cuma seringgit lebih. Kenapa kita menawar untuk harga diturunkan seringgit saja? Mendengar itu mulutnya terlolong. Pasti kawan saya itu belum akrab dengan nilai ribu-rubu rupiah. Kami segera beredar ke kedai lain. Banyak lagi Blackberry dipamerkan di kedai lain.

Di Brunei terutama di kalangan anak-anak muda mudah menukar telefon bimbit mereka. Jika ada jenama baru jenama itu cuba didapatkan dengan apa jua kos. Maka di kedai-kedai banyaklah jenama yang terdapat untuk menjadi pilihan pembeli. Di kedai tempat saya pergi itu tidak banyak jenama untuk pilihan. Rata-rata kedai menjual satu dua jenis jenama saja. Terutama Blackberry. Saya tanya kenapa orang menyuka jenama tersebut. Tukang kedaipun mengatakan jenama itu digunakan oleh Presiden Amerika Barak Obama. Wah, dengan informasi itupun sudah dapat memancing ramai pelanggan. Tidak apa tidak menjadi seorang presiden, asal mempunyai telefon bimbit yang sama dengan telefon bimbit Presiden Amerika; itu sudah menaikkan imej diri.

Saudara mara dari Malaysia juga banyak terpikat dengan Blackberry. Katanya ramai MP dan Menteri pakai Blackberry.

Jadi, adakah saya membeli jenama telefon bimbit yang dipunyai oleh Barak Obama ?. Jawabnya tidak. Sebabnya, setelah berada di Jakarta selama seminggu saya kembali ke Brunei dan bagi saya mencukupilah menggunakan telefon saya yang ada sekarang untuk tujuan berkomunikasi dan bukan untuk mengangkat diri.

CINTA DAN ANUGERAH


Gini rupanya di luar set Cinta dan Anugerah



Pemain utama Cinta dan Anugerah

Saya tidak mempunyai banyak kesempatan untuk menonton drama TV Indonesia semasa berada di Jakarta baharu-baharu ini. Pertama kerana masa yang terhad berada di dalam hotel penginapan. Hanya larut malam dan sebelah pagi saja saya berpeluang untuk menghadap skren TV. Itupun berebut-rebut untuk menonton berita terkini dalam dan luar negara.

Kedua ialah banyaknya channel yang harus ditonton. Hampir semuanya ada menghidangkan drama TV. Ada berpuluh-puluh channel yang menyediakan rancangan-rancangan yang bagus-bagus.

Semasa berada di Jakarta, saya terasa kehilangan sesuatu. Saya meminati sebuah drama Indonesia bersiri yang disiarkan di Rangkaian Dua Televisyen Brunei. Drama yang sama sudah disiarkan di Indonesia pada tahun 2009. Masa ini, Brunei dam Malaysia masih menyiarkannya.

Saya menyukai drama itu secara kebetulan sahaja. Sebelumnya saya mengikuti siri drama Indonesia bercorak komidi. Saya tidak sempat mengikuti cerita di episod awal. Namun setelah duduk menonton dua tiga episod saya bagitu tertarik hingga sekarang. Siri itu bagaikan sauh dan tidak memudahkan saya beralih ke channel lain pada jam 9.00 malam setiap hari kecuali hujung minggu bila siri itu tidak disiarkan.
Semasa rencana ini di tulis Cinta dan Anugerah sudah masuk ke episod 48. Maknanya drama berkenaan sudah menemui penonton selama 12 minggu atau tiga bulan. Saya tidak tahu samada siri itu disiarkan semasa dunia menumpukan kepada Pertandingan Bolasepak Dunia. Mudah-mudahan ada ruang drama ini terus disiarkan. Kalau tidak “muak”lah penonton yang tidak menyukai bola dan tertunggu-tunggu serta merindui tayangan Cinta dan Anugerah.
Saya bertanya-tanya kepada rakan dan saudara mara tentang cerita ini. Ramai juga yang menyukainya. Dilihat secara imbas jalan cerita berputar pada soal dakwah dan masalah sosial. Tapi ia tidak dibentangkan secara melulu. Plot dicipta bersandarkan situasi kontemporari. Jika melihat cerita-cerita sebegini saya menonton sampai habis. Maksudnya saya juga membaca credit lineupnya. Nyata bahawa drama ini diarahkan oleh seorang yang bernama Sanjeev Kumar dan penerbitnya ialah Leo Sutanto. Drama ini dibintangi oleh nama-nama besar dari Malaysia dan Indonesia seperti Nabila Syakieb, Ashraf Sinclair, Giovanni Yosafat Tobing, Yasmine Wildblood, Wilda Hamid, Adipura, Miller, Marcell Darwin, Eva Anindhita, Hanna Hasyim dan lain-lain.
Watak-watak telah dibentuk supaya penonton bersikap simpatik, marah, benci geram, meluat. Lakonan mereka cukup meyakinkan walaupun jalan ceritanya kadang-kadang tidak munasabah. Awda terus dipancing untuk mengikuti sambungannya setiap malam kerana penciptaan cliff hanger yang mendebarkan. Slot komersial juga diletakkan bagi meningkatkan unsur suspen.
Saya, sekurang-kurangnya buat masa ini, seboleh-bolehnya tidak mahu mengikuti rancangan-rancangan hiburan yang bercorak gossip yang melibatkan pelakon-pelakon Cinta dan Anugerah. Kalau tidak maklumat-maklumat gossip itu boleh mengganggu konsentrasi bila menonton drama tersebut. Maklum saja, biasanya sudut gossip di majalah, rancangan TV dan Internet mengenai bintang Indonesia panas-panas belaka. Kalau Yasmine Wildblood mempunyai penampilan seksi di luar drama itu tidak mengejutkan kerana dalam drama tersebut jua ia berperwatakan sedemikian dan mulutnya sedikit celepur. Tapi kalau keadaan yang sama berlaku pada Nabila Syakieb itu sudah bertentangan dengan watak penayabar, simpatik yang diketarakannya dalam Cinta dan Anugerah.
Di sebalik publisiti yang meluas ini harus diingat stesen yang menerbitkan drama ini telah mengaut untung. Drama-drama masa kini sudah menjadi industri yang menambah pendapatan negara. Lihatlah drama Korea diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di seluruh dunia.Bahasa asal drama bukan menjadi masalah. Bukan bagitu saudara