Thursday, February 25, 2010

KENAPA TAK MUAT TURUN ?


Kawan-kawan penulis bertanya kenapa tak di up date isian blog saya. Saya menyemak blog saya. Wah sudah lama tidak ada bahan yang saya muat turun. Ini bukan bermakna tiada aktiviti. Saya masih menulis. Saya mencuba mengingat apa yang saya buat dalam bidang penulisan tiga bulan yang lalu. Yang nyata Katak Atas Tempurung masih saya tulis dan Ole Ole POP untuk radio masih saya kendalikan. Dari bulan Disember 2009 sehingga Februari 2010 ada sebanyak 12 episod saya tulis. Begitu juga Ole Ole POP dalam jumlah yang sama. Malah saya suda tulis secara advance lima rancangan untuk Mac 2010.

Selain itu saya juga menulis sebuah drama radio untuk Hari Kebangsaan, dua buah rencana untuk Nur Islam FM (Hari Kebangsaan dan sambutan Maulud) dan sebuah rencana untuk Nasional FM (Hari Kebangsaan) Di luar bidang radio saya menulis dua buah skrip untuk rancangan Tinjauan dan dua lagi untuk rancangan Ehwal Semasa TV. Saya sempat menulis sebuah rencana pertandingan untuk Majlis Perundingan Kampung. Dua buah lagi rencana sempat saya hantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam ruang masa itu saya sempat menghadiri tiga seminar. Dua mengenai seminar bahasa antarabangsa dan yang terakhir mengenai keugamaan anjuran Darusysyifa Warrafahah.

Melihat kegiatan itu, ditambah dengan kegiatan keluarga seperti menjadi “Chef De Mission” majlis perkahwinan ahli keluarga, saya fikir banyak juga yang telah saya lakukan dalam usia orang pencen tiga bulan yang lalu.

No comments: