Wednesday, October 28, 2009

MENUNTUN PENGANTIN

Ada perkara yang sering dilihat dan kelihatannya mudah. Tapi bila dipohonkan untuk awda melakukannya, ada yang memberi seribu alasan supaya dia tidak dipilih. Saya belum cukup ilmu… saya kurang tau apa yang perlu dilakukan, ada orang lain lagi yang berpengalaman dan macam macam alasan.



Jadi penunda pengantin indalah membari ijap seperti yang dianggap oleh ramai orang. Mungkin ditakutkan oleh pandangan orang lagi dauli.

Hari minggu lepas saya diwakilkan oleh anak saudara saya untuk menunda anaknya yang menjadi raja sehari. Itu pengalaman pertama saya. Saya tidak banyak soal. Januari akan datang ini insya Allah saya bakal menerima pencen tua. Maknanya saya sudah tergolong dalam kumpulan orang tetua. Saya rasa ini satu task yang orang tua perlu laksanakan. Nah bagaimana rasanya ? Bagi saya biasa-biasa saja. Saya kena menyemak susunannya saja. Keluar rumah langkah kanan. Apa sebabnya ? Saya tidak tahu dan belum mahu tahu. Lepas itu memastikan bunga dian ada bersama. Begitu juga tukang kiap dan pembawa payung. Sebagai penunda saya harus sekereta dengan pengantin dan pengangun.

Masa dulu mengikut cerita orang tetua memang memberi watir. Tukang tunda pengantin mesti ada ilmu penghadang. Jika tidak pengantin yang ditunda boleh semena-mena tumbang, pitam atau tersungkur. Zaman sekarang sudah banyak perubahan.. Kalaupun ada ilmu cuba-mencuba itu apalah gunanya digunakan semasa orang menyambut majlis gembira. Lainlah ada yang upah kerana cemburu si jejaka tertambat dan dapat ditawan hatinya oleh sidara.

Zaman moden ini belum lagi majlis kahwin sudah kelihatan kemesraan kedua mempelai itu. Jalan ke sana sini bersama-sama. Majlis kenduri dirangka sebegitu rupa supaya ketibaan pengantin lelaki untuk majlis persandingan berlangsung semasa undangan pengantin perempuan masih menjamu selera. Jika tidak, jemputan itu akan cepat bersurai. Mereka kata tidak payahlah lihat wajah mempelai kerana sudah sering bertembung semasa belum nikah lagi. . Ini bukan zaman dulu di mana ramai orang begitu ternanti-nanti untuk melihat si dara atau si teruna.

Saya perlu pegang erat tangan pengantin. Sebelum masuk saya bimbing pengantin untuk putar naga dulu. Putar hala mana ? Ikut putaran jam atau anti putaran. Akhirnya buat anti putaran jam. Putar naga ini pun satu hal juga. Saya tidak tahu cerita di sebaliknya. Kerana sebutannya naga, mungkin ada pengaruh cerita naga cina yang mencari kumala. Tapi bagi saya mudah saja. Mungkin dalam proses berputar itu para hadirin berpeluang menjenguk wajah pengantin yang dipakaikan pakaian terbaik . Itu saja. Naik pelamin tentu mata menghala kepada pengantin. Saya sebagai penunda tidak gagaran kerana sudah terbiasa naik pentas masa kerja dulu. Kemudian tiba bab menapakkan tangan pada kepala pengantin perempuan. Ini pun satu hal. Yang membatalkan air sembahyang ialah tangan pengantin lelaki bukan tangan saya. Saya pastikan saya tidak tersentuh kepala pengantin bini. Soal kedua ialah mahu tapak bahu sebelah kanan atau kiri dulu. Saya ambil keputusan untuk tapak bahu kanan pengantin perempuan atau sebelah kiri saya.


Salawat ? Anak buah saya yang mengepalai. Kemudian doa pengantin. Saya diwakilkan untuk membaca. Saya hanya diberitahu untuk menunda pengantin sehari sebelum majlis persandingan itu. Kena research juga. Tidak payah masa sekarang ini. Buka Internet. Ada banyak doa di sana. Sesuaikan saja.

Bagitulah pengalaman pertama kali jadi penunda pengantin.

No comments: