Saturday, October 24, 2009

11th ASEAN FOOD CONFERANCE 2009.

Minggu ini Saya hendak memperkatakan tentang 11th ASEAN Food Conference 2009. Saya menghadziri bersama Penerbit yang menjadikan bahan itu sebagai isu dalam rancangan Tinjauan yang saya menjadi penulis skripnya. Kehadiran saya di Persidangan itu ialah untuk memahami secara dekat perbincangan dan pembentangan kertas kerja. Menghadiri acara persidangan ASEAN bukan baru pada saya. Terasa juga nostalgiknya bila mengingati penglibatan saya dalam ASEAN COCI di masa dalam perkhidmatan dulu. Masa kini saya hanya mengenali beberapa orang tempatan yang menjadi sauh persidangan. Di masa lalu dalam sidang seperti ini malah berjumpa dengan rakan-rakan dari negara sahabat walaupun dalam komiti ASEAN yang berlainan. Mungkin mereka juga sudah berpencen seperti saya.

Banyaknya kertas kerja yang dibincangkan. Ada yang mudah difahami dan ada pula terlalu saitifik. Maklum saja tema persidangan ini ialah Sains Makanan dan Teknologi: Pendekatan Inovatif dan Peluang Bagi Pasaran Global. Ini memanglah penting dari segi kecukupan makanan dan untuk memastikan keselamatan makanan yang menjadi keutamaan penting dunia terutama dalam menghadapi pertumbuhan penduduk dunia yang dijangka meningkat ke 2.6 umat menjelang 2025.

Ada kertas kerja yang memperkatakan tentang catfish. Salah satu ialah cadangan untuk menjadikan ikan itu bahan sosej. Okey pulang tu. Tapi bila saya katakan apa dia catfish kepada Penerbit saya, dia memberi reaksi yang kurang selesa. Sebenarnya dia tidak tahu apa dia catfish. Saya terangkanlah pengalaman saya semasa berada di Vietnam. Saya melihat catfishnya itu seperti Badukang tapi saisnya amat besar. Hampir tiga kali ganda dengan Badukang tempatan yang sudah dewasa. Mungkinkan itu bahan yang dijadikan sosej itu ? Atau catfish mungkin boleh saja diterjemah sebagai Keli, Sumbilang, Utik, Gaguk atau yang sempama di bawah satu keluarga yang sama. Saya melihat di Kampung Air, Badukang sudah pupus. Dulu tugasnya ialah sebagai pembersih. Gugur saja najis dari atas, berebut Badukang memuluk dan menungap sisa dari dalam perut itu. Barangkali itu sebabnya Penerbit saya terasa jijik bila catfish mahu dijadikan sosej. Kita geli gaman tapi orang lain sudah merangka bahan itu sebagai peluang keemasan dalam perniagaan.

Banyak masa saya berada di kamar yang membincangkan penemuan-penuan baru yang dijadikan projek dan dipertandingkan. Sayang tiada ada projek dari Negara Brunei Darussalam. Pengalaman ini mungkin membuka mata untuk siapa yang berkenaan membuka langkah supaya dalam siding ke 12 nanti adalah kertas projek dari Negara Brunei Darussalam ini.

No comments: