Wednesday, January 14, 2009

BIRTHDAY

My birthday is approaching. To be exact I’ll be 59 years on 30th January 2009. Thinking of the day, I said to myself, why not write something about birthday. So this is what will be coming out on my Katak Atas Tempurong slot on 27 Januari 2009. Tune to Pelangi Radio Brunei at 7.30 am for the complete story.

Apakah sebenarnya sambutan hari jadi ini ? Apakah ia satu tradisi atau satu rotin tahunan ? Mengapa tarikh kelahiran diperingati ? Bagi kebanyakan orang ia seperti hari-hari biasa yang diselangi dengan ucapan dari mereka yang terdekat. Atau langsung tidak diperingati. Tarikh lahir berlalu seiring dengan air pasang surut di sungai atau masak ranumnya padi di bendang.

Legenda lama menceritakan, tradisi pesta ulang tahun pertama bermula di Eropah bilamana timbul ketakutan pada roh jahat yang mengunjungi seseorang ketika tiba hari ulang tahun kelahiran mereka. Untuk berlindung, diundanglah rakan taulan untuk mendoakan dan memberi pengharapan yang baik untuk tahun-tahun selanjutnya.

Orang zaman dahulu tidak mengetahui hari kelahiran mereka. Waktu itu takwin berpandukan pada bulan dan musim. Sejajar dengan peradapan manusia, diciptalah kalender. Hitungan kalender memudahkan manusia untuk mengingat dan merayakan hal-hal penting setiap tahun. Ulang tahun merupakan salah satunya. Banyak simbol-simbol yang dikaitkan dengan ulang tahun seperti penggunaan kek. Salah satu cerita mengatakan, waktu dulu bangsa Yunani menggunakan kueh untuk persembahan ke kuil dewa bulan, Artemis. Mereka mempersembahkan kueh berbentuk bulat seperti bulan purnama. Di Jerman kueh itu disebut “Geburtstagorten” iaitu sejenis kueh yang mempunyai beberapa lapisan. Rasanya lebih manis dari kueh diperbuat dari bahan roti.

Melihat sejarah hari jadi ini maka membuatkan saya berfikir dan mengajukan soalan samada merai’kan atau tidak tarikh lahir saya pada 30hb Januari. Atau adakan juga tapi dibuat dalam versi Islam dengan membaca doa kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Illahi. Tentu saja memperingati harijadi itu sebagai penggerak atau motivasi bagi terus maju di tahun-tahun mendatang dan kita tidak tinggal di takuk lama. Tidak bagitu saudara ?

1 comment:

My Kampong Mentiri said...

Salam.....Bro Hj Hussin,
Usia bukan penghalang untok meneruskan perjuangan menulis....congratulation for ur birthday, hopefully sihat walafiat n dimurahkan rezeki