Wednesday, November 19, 2008

Katak Atas Tempurung - Digital Camera

Randomly I download segment of my writing in my radio column Katak Atas Tempurung. For the 25th November issue I’ll be talking on digital camera. It can be of Single Lens Reflect (SLR), Semi SLR and compact SLR which nowaday mostly attach to handphones. Be aware that digital images can be transform positively or negatively. It is not a complicated process to merge of a sexy body of a film star with any body’s head of your choice..... Here is the segment of the Katak Atas Tempurung.....

“Kamera digital menggunakan sensor elektronik yang di panggil CCD iaitu Charge-coupled device atau CMOS Complementary metal–oxide–semiconductor untuk merakam imej sebagai data binary. Ini membolehkan imej disimpan dan disunting menggunakan komputer peribadi. Kamera digital mempunyai fungsi-fungsi yang tidak terdapat pada kamera filem seperti merakam video dan suara. Kamera digital merakam dan menyusun imej yang terdedah pada CCD atau CMOS, kemudian dihantar ke kad memori. Jumlah piksal pada CCD atau CMOS mejangkau hingga 12 megapiksal. Kini, kamera digital 4.0 atau 6.0 megapiksal tidak mencukupi. Untuk menikmati kualiti foto yang baik, awda memerlukan kamera digital yang mempunyai sekurang-kurangnya 8.0 megapiksal… Sekarang ada kamera 8 megapiksal yang ringan dan kecil, dengan berat 164g dan saiz 93 x 57 x 28 mm. Dengan zoom 6x dan kebolehan menukar kelajuan shutter dan aperture secara manual, tidak boleh dinafikan bahawa kamera digital ini adalah untuk pengguna yang lebih berpengalaman.

Kamera digital terbahagi kepada tiga iaitu Single Lens Reflek (SLR), Semi SLR dan jenis kompak. Single Lens Reflek (SLR) memiliki ciri-ciri professional. Banyak komponen dalam kamera analog terdapat pada DSLR. Contoh penggunaan aperture dan shutter Speed. Ciri-ciri lain seperti lens yang boleh ditukar dan penggunaan filter yang boleh membantu pada perubahan mutu gambar. Kamera jenis semi SLR pula hampir menyamai kamera SLR. tetapi lensnya tidak boleh ditukar kerana ia disediakan dalam bentuk tetap. Penggunaan zoom ialah dengan menggunakan sistem optikal zoom, sama ada 8,10,12 atau 18 optikal zoom. Sementara jenis kompak termasuklah kamera yang terdapat pada telefon bimbit.

Apa yang saya sebutkan ini adalah soal teknikal yang jarang ingin diketahui oleh para muda-mudi kecuali dari kalangan penggemar gambar. Lainnya hanya mahu supaya kamera mereka dapat merakam gambar dengan jelas dan terang. Kamera kompak di masukkan dalam kocek seluar sebelah belakang atau dalam bag tangan. Kamera digunakan untuk apa jua rakaman. Jadi ubaya-ubaya sedikit. Dalam zaman teknologi baru ini macam-macam boleh dibuat untuk menonjolkan sesuatu. Misalnya mengubah bentuk wajah atau mencipta dan menggabungkan gambar lucah dengan wajah-wajah seseorang. Inilah cara memfitnah zaman teknologi.


The male is a local actor. In a TV drama he was suppose to have a wife, orang puteh. So we chop the original head of male orang puteh and inserted his. At a glance u will not recgonise. This is a digital camera trick.


This is from a photographer's eyes. Bottles in a row are just normal display in a shop. But it look good when taken from an angle.


How many times you punch on the computer key board in a day ? U don't realise it is a good photographic subject.


A cool morning. U feel less stress when looking this type of photograph taken by digital camera.

No comments: