Tuesday, October 21, 2008

GASTRIC OH GASTRIC

In My column, Katak Atas Tempurung this week I wrote about “seasonal sickness” especially during Ramadhan. Some excuse themselves for not fasting. The reason: they got Gastric. But the same persons had a “merry go round” during Hariraya open houses. No wonder some complained having stomach problems. How do they cure? They went from one clinic to another clinic. At the end, not satisfy with the treatment, they seek the help of bomoh; not knowing the medicine taken took time to take effect. At the of the day, bomoh got the credit.

Agak lawak juga bila mendengar orang didampingi penyakit gastrik dan penyakit perut bila menjelang Ramadhan. Tidak boleh berlapar kata mereka. Jika lapar perut meronta. Maka dengan demikian mereka bagaikan mengalaskan keberadaan penyakit perut untuk tidak berpuasa. Biarkanlah. Kalau betul ia sakit dan tidak boleh berpuasa itu haknya. Bagitu juga kalau dia tidak sakit dan memberi alasan penyakit yang menyebabkan ia tidak puasa. Itu soal antaranya dengan Yang Maha Mencipta.

Sekarang sudah masuk minggu ketiga bulan Syawal. Ramai lagi yang mengadakan rumah terbuka. Yang diundang juga tidak mungkir termasuk yang katanya ada penyakit gestrik. Jika berlapar ada penyakit, kenyang pun bagitu juga. Ramai yang komplin didatangi penyakit.

Saya berkesempatan berbual-bual dengan seorang doktor perubatan. Cerita punya cerita melarat pada soal kenapa pihak tertentu memberikan satu jenis obat untuk pelbagai penyakit. Doktor itu senyum saja. Mungkin soal yang sama sering di kemukakan kepadanya. Ia tidak segera menjawab. Oleh kerana ia rapat dalam hubungan kekeluargaan, percakapan itu tidak dihadang oleh rasa was-was. Tidaklah pula ia cuba untuk mengelak dari memberikan hujah.

Doktor seperti juga profesen lain ada etikanya. Mereka melalui pembelajaran dan latihan yang panjang; berbelas tahun sebelum layak digelar sebagai seorang doktor. Etika mesti diikuti sepanjang masa ia bertugas sebagai doktor. Jika ia memeriksa seorang pesakit dan pada pandangannya pesakit itu memerlukan ulasan dan pemeriksaan seorang pakar ia akan merujuk kepada pakar tersebut. Pakar itu pula tidak akan menolak. Itu antara etika.
Memang para doktor mengetahui apa jenis obat yang sesuai untuk diberikan kepada pesakit. Jenamanya saja yang berlainan. Ada jenis obat yang cepat meresap dan ada jenis yang memerlukan dua tiga hari untuk melihat kesannya. Terpulang kepada keadaan pesakit itu. Yang penting pesakit mesti disembuhkan. Sayangnya ada yang tidak sabar. Setelah pergi ke klinik A dan mendapati perubatannya kurang berkesan ia pergi ke klinik B dan seterusnya. Bila penyakitnya sembuh setelah mendapat khidmat di klinik C, yang dapat pujian ialah klinik C sedangkan perubatan yang diberikan adalah kesan dari pertemuan dengan klinik A dan B.

Kenapa tidak komplin ? seorang saudara bertanya pada doktor. Kita ikut etika, katanya. Kita tidak boleh memburuk-burukkan rakan doktor lain. Kalau pesakit yang membrand seseorang doktor itu bagus, itu urusannya, bukan yang diluahkan oleh seorang doktor.


Ada yang mengidap penyakit hanya disembuhkan melalui saikoloji. Tidak perlu beri ubat. Dengan nasihat, pesakit mempunyai kekuatan untuk bertindak dan dengan sendirinya ia akan bangun; sembuh dari penyakit. Sambil ketawa doktor itu memberitahu bahawa ada jua pesakit yang terus pergi mendapatkan khidmat bomoh jika dirasakannya penyakitnya belum sembuh. Setelah mendengar dari bomoh pelbagai gambaran tentang apa yang ada pada badannya pesakit itu mempunyai kekuatan. Dua tiga hari ia pun sembuh. Maka yang mendapat kredit ialah sang bomoh dan bukan doktor yang merawat dan memberi ubat yang dijangkakan hanya berkesan dalam satu tempuh tertentu.

Doktor tidak akan mendabik dada bahawa ubatnya yang menyembuhkan dan bukan kuasa dari bomoh. Doktor hanya mampu memberi nasihat. Jika ada pesakit yang tidak percaya, doktor tidak dapat buat apa-apa.


This is Ashraf, Pelangi DJ. He's nothing to do with the "seasonal sickness" The pic just want to show how people "serang" whatever right infront of them especially during Hariraya open house.

No comments: