Tuesday, August 12, 2008

New Vice Chanselor of Universiti Brunei Darussalam


In case you miss Wednesday's Ole Ole POP on National FM, I download here part of the script; the conversation between pensioners on the new Vice Chanselor of Universiti Brunei Darussalam.


"Satu berita penting dalam negara ialah perlantikan baru Naib Chanselor Universiti Brunei Darussalam. Mun inda silap sudah empat orang yang menerajui universiti atu. Semuanya anak Brunei. Ada mempunyai kepakaran bidang pentadbiran, ugama dan undang-undang, sastera, bahasa dan budaya dan kali ani di bidang sains dan perubatan.

Apa kepakarannya Vice Chanselor baru atu ?” bertanya seorang teman pencen.


“Nah, ni nah baca tia oleh kita” saya menyerahkan akhbar yang baru saya beli. Ia merenung sebentar isi berita. Mulutnya kumut-kamit macam dukun membaca mentera. Tapi suara inda keluar. Ia mengangkat kaca matanya dan meninggirkan atas kirainya. Kemudian ia menoleh arah kami sambil senyum.

“Kenapa kita tekidum ani ?”


“Payah kan menyabut kepakarannya atu bah. Ia tah ku itung-itung. Dua puluh satu huruf, nganya satu perkataan” sambil atu ia membuka dan mengkicupkan jari-jarinya sebagai tanda bahasa isyarat.

“Cuba tah kita cuba-cuba menyabut” Kedengaran seorang teman lain mencabar. Ia kembali menelaah akhbar.

“Nanti dulu. Ku ija dulu. O-t-o-r-h-i-n-o-l-a-r-y-n-g-o-l-o-g-i-s-t. Apa bunyinya tu, Otor-hino-laryn-gologist. Lurus tu ?” Kawan ani bagaikan inda yakin.

“Luruskan saja tia. Ia ani baru berumur 40 tahun. Muda lakat. Banyak peluang ni memajukan universiti terutama dalam bidang perubatan.” Seorang lagi teman pencen bersuara.

“Kan halnya, siapa namanya ?” Nampak banar tah si kawan seorang ani inda membaca akhbar, mendengar berita radio atau menonton berita TV.

“Di catet dalam akhbar ani Dr Zulkarnain. Tapi mun di negeri luar, di England misalnya, ia ani inda lagi di galar doktor” Mendengar atu si kawan tadi bagaikan kehairanan. Lekas ia mencelah.

“Mun inda digalar doktor, apa tah ?”

“Ia ani jauh tinggi daripada doktor. Istilah yang dipakai Mastar” Si teman yang ani bagaikan menambah kekeliruan teman yang seorang.

“Kenapa tia macam atu ? Macam orang biasa tah pulang. Cigu dipanggil master jua."

“Inda tu. Dalam dunia perubatan, master ani ialah orang yang pakar dalam bidang tertentu terutama bidang pembedahan.” Si kawan ani meluruskan.

“Pandai tia membalah ni ?

“Auw. Kepakarannya bidang kepala dan leher” Bila menyebut bidang kepakaran dalam pembedahan itu, perkumpulan senyap sebentar.


“Membari ijab jua ni ah. Pandai menyumbalih kali” Ada sedikit nada lucu yang disuarakan oleh teman ani.

“Mun kita ada penyakit di leher atau kepala, surungkan tia. Tau tia mengulahkan untuk menyembuhkan penyakit kita atu.” Kedengaran teman dalam kumpulan ketawa.

“Ngilu jua rasanya meliat gambar orang membalah kepala atau dada atu.” Sambil berkata ia berkirik, bagaikan dagingnya di hiris dengan pisau tajam.

“Diorang ani biasa sudah ni. Pakar jantung anak tempatan pun sudah ada.”

“Jantung atu sanang sedikit menyabut. Ani, apa antadi ? Otor-hino-laryn-gologist. Eh begulung lidah. Alum lagi pelajarannya. Menyabut pun sudah payah.”

“Mister Zulkarnain ani sudah diiktiraf di dunia antarabangsa. Ingat kita semasa di adakan persidangan doktor kepala dan leher di Brunei tempuh hari. Mister Zulkarnain ani yang berperanan basar. Ia yang mengharumkan negara di bidang ilmu atu.”

"Mudah-mudahan bila ia mengemudi Universiti Brunei Darussalam ia akan membawa menara gadung atu lebih terkenal di arena antarabangsa."

Serentak bagaikan satu bacaan doa, rakan-rakan yang bersama berkumpul hari atu, mengaminkan.

No comments: