Sunday, July 27, 2008

Dr Sheikh Muszaphar Shukur - 1st Malaysia Angkasawan


Dato Dr Muszaphar with Dato Paduka Awang Haji Ismail, VC of Universiti Brunei Darussalam.



Phew, at last I manage to squeeze time to download some materials. I was too buzy doing some last minute scripts for radio. Biasalah. Timetable Bujang Sigandam. This week I just wanna load some part of Ole Ole POP. It was about the experience told by the first Malaysian Angkasawan Dato Dt Sheikh Muszaphar. I composed it into Ole Ole POP script. Thanks Dr for autographing my Menggapai Bintang.

"Hari Khamis lalu saya dan beberapa orang rakan pencen melasutkan diri di tengah-tengah siswa dan siswi di Dewan Chanselor Universiti Brunei Darussalam, bagi mendengar secara dekat pengalaman Dato Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Pertama Malaysia tentang dunia angkasa lepas yang diterokainya. Saya ceritakan perkara ani dengan teman-teman pencen lainnya. Ada yang merasa kesal kerana inda mendapat tahu tentang acara atu.

“Sayapun tahu dari maklumat radio” kata saya “tapi hebahannya inda malar. Sebab atu kali ada yang inda terdangar”

“Mun biskita membaca akhbar tempatan sehari sebelum tarikh atu, ada sedikit berita mengenainya” celah teman saya yang sama-sama pergi hadir ke majlis itu.

“Apa tah cerita Dr atu ?” teman ani ingin tahu.
“Banyak.” Kata teman yang seorang lagi. “Menurut Sheikh Muszaphar, kalau orang Brunei mau jadi angkasawan, orang atu jangan terlalu tinggi. Sebabnya pesawat Russia atu muat-muat badannya saja. Masa tidur katanya, ia ada beberapa centemeter saja untuk bergerak”

“Tinggikah badan Sheikh Muszapfar atu ?” Soal teman itu lagi.

“Memang tinggi. Secara beibun ia mengatakan Vice Chanselor boleh menjadi calon angkasawan Brunei.” Memang semasa masuk beriringan ke dalam dewan, ketinggian Vice Chanselor hanya setakat bahu Sheikh Muszapfar.

“Sayang saya inda bepeluang mendengar ceramah atu” Sekali lagi teman pencen atu menimbulkan kekesalannya.

“Menurut Sheikh Muszapfar lagi, ia adalah pilihan dari 110 ribu orang pemohon. Seorang calun mesti sihat mental dan fisikal”

“Ada ia membari contoh ?” Tanya kawan saya penuh minat. Kueh yang dipegangnya masih ada di tangan. Belum sempat di puluknya.

“Ada. Dari segi fisikal, kata Dr Muszapfar seseorang calun mesti inda ada bakat bagas luka atau operesen. Gigi inda boleh betampal. Mesti original”

“Mun cam atu memang halus banar saringan pencarian seorang angkasawan. Anak-anak kitani banyak yang rumpang. Banyak yang sudah betambal gigi, alum lagi umur sampai dewasa.”

“Untung abiskita mendangar ceramah atu. Mun ku tau tatap ku membawa tape recorder, kamera” kata teman atu lagi.

“Auw eh. Hari atu bepancaran saja lampung kamera bah. Ada lagi sesi menandatangani buku yang dijual. Ni nah, kawan kitani ani membali dua buah buku. Di sain Sheikh Muszapfar lagi.” Ia menuding kepada saya. Saya mengeluarkan buku yang dimaksudkan dari beg bimbit saya dan melihatkan kepadanya. Lama ia mebelek-belek buku atu. Ia ani pun kaki buku.


“Banyak cerita dalaman yang inda didapat dari tulisan akhbar. Misalnya pengalamannya berhadapan dengan tekanan G9 semasa masuk balik ke ruang bumi. Bagaimana ia bernafas menggunakan perut. Ada jua cerita-cerita cali” Teman ani memngambil nafas dan meliat reaksi kawan yang inda sampat ikut ceramah angkasan atu.

“Misalnya ?” Ia tidak menyoal panjang, seakan mahu supaya terus saja diceritakan tentang ceramah angkasawan Melayu atu.

“Misalnya ia meliatkan jamban angkasawan lelaki. Mun buang air terus disiruk dalam container khas. Mun inda najis dan air kencing terapung-apung. Sheikh Muszapfar jua meliatkan cara ia mandi dan bersembahyang. Kaki diikat, mun inda, payah sujud katanya. Badan terapung. Cam atu jua masa ia ambil sarapan. Video menunjukkan biskut yang dimakan terapung-apung. Selain atu, angkasawan ani jua memaparkan latihan-latihan yang dijalankan seperti hidup di Siberia pada suhu 40 darjah di bawah sifar, berenang di laut dan survival di hutan tanpa makanan dan minuman beberapa hari” Teman saya atu inda mencelah. Ia terus mendengar saja apa yang diceritakan.

“Yang bagusnya ada lagi soal jawab. Soalan-soalan yang diajukan oleh siswa dan siswi atupun menarik. Misalnya kenapa kuman kanser di buat penyelidikan di angkasa lepas dan inda di bumi saja. Ia dijawab dengan berpandukan pengalaman dan pengetahuan.”

Memang cerita-cerita mengenai angkasa raya ani amat menarik kerana ia merupakan ruang baru bagi kebanyakan orang dan setiap penerokaan akan membuahkan tambahan ilmu. Jadi jangan heran bila sejak zaman dulu sudah diceritakan tentang pengembaraan seperti dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Ini menunjukkan tentang kekuasaan Allah subhanahu wataala. Mudah-mudahan kita lebih bertambah takwa bila mendengar tentang ciptaan-ciptaanNya.

No comments: