Tuesday, May 13, 2008

Mothers Day

Mention about Mothers Day it should be an happy occasion. Not at all. I meet a lady pensioner who experience otherwise. She remembered a happy working day; the working enviroment and her former staff. At occasion she bought tokens for her former staff. But during this Mothers Day she was a bit shock when a former staff uttered an unkind gesture. Hear more on Ole Ole POP on 14 May 2008 from Nasional FM Radio Brunei http://www.rtb.gov.bn/

“Kenapa kita suka rancangan atu ? Menyentuh perasaan kitakah ?” Saya cuba bersuara ceria dan mengubah moodnya yang agak sugul.

“Kitani ani manusia. Dibari Yang Maha Kuasa dengan perasaan. Inda macam binatang melata. Tapi atupun alum tau. Mana kitani tau isi ati binatang atu. Mungkin ada perbuatan manusia atu menyentuh ati bis sidia” Ia berkata-kata penuh falsafah.

“Banyak fasal cinta dan kasih sayang jua rancangan atu. Soal orang kahwin, orang inda kahwin, orang sudah lama kahwin ?” Saya cuba mengorek.

“Banar pulang tu. Tapi cinta dan kasih sayang atu bukan macam love story wayang Hindustan.” Dia memberi contoh “Ada orang kitani cintai dan sayangi kerana merasakan ia perlu dicintai dan disayangi” mendatar saja suaranya. Di bawah kirainya yang dilindungi cermin mata ada garis-garis yang menunjukkan umurnya.

“Inda ku faham kurapak kita ani eh.” Saya meninggikan suara. Memang benar-benar saya inda faham apa maksudnya. Bukan saya berdalih.

“Masa dulu kitani bekeraja atu mesti ada yang kitani rapat.” Dia bercerita. Saya memberi tumpuan padanya. Tidak saya menyanggah. “Cergas bekeraja. Inda membantah. Dan yang bestnya tau kan tabiat kitani. Apa lagi kitani ani bini-bini. Rajin pulang menyediakan kopi waktu rehat” Teman pencen wanita ini terus mengimbas balik zaman perkhidmatannya.

“Oh atu yang kita maksudkan. Keunjaran tah kita bila sudah pencen ani. Cucu kita mana ?” Saya cuba melawak. Dia inda ketawa. Rasa menyesal pula saya meluahkan kata-kata atu antadi. Buat beberapa ketika ia diam. Mungkin megimbau kembali masa manis waktu bekeraja. Saya biarkan ia buat beberapa ketika. Tapi inda jua ia meneruskan pekurapakan. Sebak kah ia ? Saya mula mencari dan menyusun ayat supaya inda melukakan hatinya. Maklumlah orang pencen ani biasanya sensitif. Apa lagi seorang bini-bini.

“Aku rajin membawa ole-ole untuk bagas stafku. Sekadar tanda appresiasi bantuannya semasa bekeraja dulu” Tanpa diagah, ia mula bercakap lagi.

“Kenapa tah kita macam beuri ani ? Tersasul lagi saya. Nasib baik ia inda mendengar.

“Ari atu macam biasa saya membawa ole-ole. Tapi padas telingaku bila mendangar suaranya bila menjawat ole-ole atu” rendah saja suaranya.

“Apanya ? Edar saya pula ingin tahu.

“Sadang tah membawa ole-ole ani. Bukan ku meintu arah kita”

“Kancang jua bagas anak buah kita atu. Moody kali. Barangkali banyak kerajanya. Atau ada mengganggu fikirannya masa atu” Saya cuba memujuk perasaan teman pencen atu.

“Tau pulangku perangainya. Mun bekurapak terlalu blant, nya orang putih.”

“Macam ani saja.” Saya memberi semangat padanya. “Mun kita tau perangainya cam atu, buat inda tau saja. Sangka baik saja arahnya. Inda ada apa-apa-tu. Mungkin ia bekurapak atu di luar sadar.”

“Nganya takutku bila ia bekurapak cam atu arah orang terutama orang yang inda tau kesikapannya atu” Nampak benar wajah risau di muka wanita ani.

“Ia tah kan kita suarakan arah rancangan curahan rasa dalam rancangan radio atu. Jangan tah eh. Paning saja kita karang mendangar jawapan dari dj-dj muda atu. Bawa berastagafar banyak-banyak saja.” Saya terus memberi semangat.

Saya melihat ada senyum nipis di bibirnya. Mungkin termakan patah-patah perkataan yang saya kemukakan arahnya. Mudah-mudahan urinya hilang.

Sebenarnya banyak lagi cerita jiwa-jiwa orang pencen yang boleh dijadikan bahan rancangan ani terutama dalam saat-saat merai’kan hari ibu, hari bapa dan sebagainya. Satu yang dapat saya rumuskan, orang pencen mudah tersinggung, sensitif dan lakas menyamal. Bukan kanak-kanak saja mudah menyamal. Orang yang sudah pencen pun mudah menyamal.

No comments: