Saturday, February 16, 2008

Nanti saya download.......

Minggu ini agak hektik. Hari Kebangsaaan sudah menempuh. Saya ada tugasan yang perlu siap sebelum menjelang tarikh itu. Tadi saya hantar 7 rencana pendek untuk Nasional FM. Tajuk besar rencana itu Perspektif. Ada dua lagi yang diselesaikan sebelum 23hb Februari. Saya juga ditekan untuk menyiapkan skrip drama TV.

Keadaan hujan juga membuatkan mood kurang. Sehari-hari angin bertiup kuat dengan hujan renyai-renyai. Macam snowing tah pulang. Saya ada beberapa bahan gambar Anugerah RTB 2007 yang hendak di download. Tapi malas. Biskita boleh lihat melalui blog Anas Afandi.

Minggu lepas juga saya menghadiri kegiatan seni membaca sajak sempena Hari Kebangsaan. Foto-fotonya juga belum di download. Malam ini pula berlangsung Malam Appresiasi Anugerah RTB. Saya menerima sijil kerana berkhidmat sebagai hakim. Nantitah saya download gambar-gambarnya.

No comments: