Monday, February 4, 2008

Mun inda boring jua kali ah...

Huh, panjangnya Q. Saya ke Sabah naik kereta melalui Kula Lurah. Tolak akhir sedikit dengan harapan kawalan imigresen tidak ramai. Tapi surprise surprise. Tolak dari rumah jam 9.30 pagi. Kan habis orang sembahyang Jumaat saya alum lapas dari KL. Mata pun mengantuk. Hilang rasa seronok.

Lalu di Temburong nampak padi sudah menguning. Anitah yang jadi perumpamaan: rasmi padi, makin berisi makin tunduk. Inda lama lagi ada tah orang dari bandar ikut mengatam padi; termasuk yang alum pernah jejak kaki ke Temburung. Baik jua ikut merasa hidup di kampung. Saya kan turun ambil gambar tapi takut akhir. Saya teruskan perjalanan. Dalam ati simpan tekad. Mulih nanti mesti ambil gambar. Gambar yang saya sertakan ani sebagai buktinya.

Sepanjang jalan ke Sabah angin pilihan raya Malaysia sudah terasa. Di jalan utama ada bill board basar mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dari MP dan YB-YB yang dilantik. Saya ada rakam bill board masa sambutan Hariraya Krismas dan Tahun Baru China. Billboard yang saya pilih atu kepunyaan dansanak saya.

Saya ke Sabah menghadiri majlis kahwin di Kuala Penyu. Kamera sudah sedia untuk merakam suasana kahwin di kampung. Tapi usulnya pengaruh bandar sudah menyusup. Inda ada lagi gandang gilintangan, tawak-tawak dan gong. Sudah diganti dengan karaoke sampai menyubuh. Cara makan pun sudah jenis buffet. Inda lagi duduk besila mengadap sajian dalam talam. Saya sajikan beberapa gambar di majlis atu.

Oleh sebab ipar-iparan yang dari KK inda ada bermalam di KP, sayapun draiv ke KK selepas majlis kahwin. Di KK ramai kerana sambutan Hari Wilayah dan persediaan Sambutan Hari Tahun Baru Cina. Nya dansanak saya, sebahagian dari KK sudah macam Hongkong. Panuh mirah dengan pelbagai hiasan tanglong.

Malamnya kami kana beri belanja oleh MP dansanak saya di sebuah hotel tepi laut. Tentu saja menunya masakan cina. Bila kanyang mata mengantuk. Esoknya pulang Brunei. Dari KK enjoy driving ikut jalan lama masuk kampung. Bila sudah sampai KL trafik jadi bottleneck. Pejalankaki melambatkan proses melasut mulih.. Tapi bissidia inda dapat disalahkan. Orang kan beraya. Di dua tangan ada plastik hitam yang orang sudah maklum apa isinya.

Saya sampai di KL jam 530 petang. Limpas Imigresen Tadungan dan masuk Brunei hampir jam 9 malam. Baik jua saya beli Mingguan Malaysia di Limbang. Habis saya baca dari muka satu sampai muka belakang. Mun inda boring jua kali ah.

Selamat berkarya

No comments: